Followers

Thursday, February 7, 2013

Mahathir Memang Takut Pada Anwar?

 

'Amaran' Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Mahathir Mohamad.
  
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
  
Mahathir berkata semasa beliau menjadi menteri pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila ketua umum KEADILAN itu menyertai kerajaan.
  
"Sebaik sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu. Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan "Arab Spring" supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
  
"Bagi dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri," kata Mahathir dalam entri terbaru dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc semalam.
  
Entri terbaru itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur "Arab Spring" di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
  
Dr Mahathir berkata Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang - sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'BERSIH' - bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
  
Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
  
"Anwar tahu akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu terhadap ekonomi Malaysia. 


Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
  
"Adalah amat menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihanraya," katanya.




ANWAR’S PROMISE


1. In Australia it is reported that Anwar promised to engineer an Arab Spring in Malaysia.
 
2. He will duplicate Cairo’s Tahrir Square in Kuala Lumpur and he will organise demonstrations involving hundreds of thousands of people in order to bring down the Government if he loses the election.
3. He claims that the election victories of the BN in the past were due to cheating, and to dirty tactics. That is why he organised the “Bersih” demonstrations with a quarter of a million people. Bersih means Clean. 
 The people he claims want to ensure Clean Elections. If they don’t get a clean election this time they will force a new election to be held through massive daily demonstration on a scale never seen in Malaysia before. 
The election would be deemed dirty if Anwar’s Pakatan loses.
4. When Anwar was dismissed from his post as Deputy Prime Minister and then expelled from UMNO, he organised demonstrations every Saturday. Business in Kuala Lumpur came to a standstill as people avoided going into the city the whole of Saturday.
 
5. If he organises huge demos everyday in Kuala Lumpur the disruption will not only affect businesses but it will deter investors and tourists from coming to Malaysia.
6. Bersih organisers have shown that they are capable of holding simultaneous demos not only in Malaysian towns but in foreign countries as well.
7. Malaysia has developed well because of its stability and peaceful environment. Anwar knows the damage he can cause Malaysia’s economy with his massive demonstrations. Malaysians may be persuaded to vote for his party in order to avoid suffering economically from the demonstrations.
 Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.