KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan
perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya
sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan
jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.
Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib
memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah
kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang
dibuatnya.
Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.
Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.
"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini
disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai
oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.
Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi
alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua
sudah tahu sudah ada penggantinya.
Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal
penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan
Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera
Sungai Besi.
-Harakahdaily
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.