UALA
LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap
pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam
program ceramah malam tadi.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak
polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100
orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda
Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.
“Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini
membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya
baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.
“Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat
keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan
orang ramai yang hadir.
“Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau
keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak,”
katanya.
Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.
Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang
semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.
“Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila
malam, seramai ramai samseng datang buat kacau,” katanya.
Tak sampai 10 jam adu polis
Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa
tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman
petang semalam.
Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis
Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan
bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda
untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.
“Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini
berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program
yang akan dilakukan,” katanya.
http://www.kl-today.com/2013/02/ceramah-dihenti-untuk-keselamatan/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.