Followers

Friday, February 15, 2013

Hebatnya kejayaan UMNO sebagai pembela melayu !


Hebatnya kejayaan UMNO sebagai pembela melayu menjaga kepentingan melayu. Lihatlah dari segi pemilikan ekuiti ataupun harta kurang dari 20% manakala pengangguran pula amat tinggi sedangkan dari semasa kesemasa sentiasa dimaklumkan kadar pengangguran hanya sekitar 4 % sahaja sedangkan bilangan penganggur semakin hari semakin bertambah.
Apakah yang telah dilakukan oleh UMNO sebagai pemegang amanah orang Melayu dan diberikan mandat oleh orang Melayu untuk membentuk Kerajaan Malaysia.

Kadang-kadang tertanya-tanya juga dihati apakah yang pemimpin-pemimpin UMNO buat sedangkan setiap kali pilihanraya sentiasa meminta mandat dari kami orang-orang melayu tetapi makin lama makin ketinggalan kami.

Akibat dasar yang dijalankan oleh UMNO, maka rata-ratanya orang melayu hanya mampu untuk memilikki sebidang tanah untuk tempat tinggalnya sepanjang hayat dan sepanjang kerjayanya, lebih-lebih lagi generasi muda.

Dan perkara yang sama juga menjadi ikutan kaum lain dinegara ini seolah-olah dah nasib badan dilahirkan sebagai rakyat bukannya dilahirkan dalam keluarga kroni.

Apatah lagi jika dibuat perbandingan antara golongan kaya, jurangnya terlalu amat jauh dan pemilikkan harta dinegara ini semakin lama semakin dikuasai oleh golongan kecil pemilik harta jauh dari peraturan Pareto dan nilai koeffisien GNI pula terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju yang mana tidaklah terlalu besar jurangnya diantara golongan kaya dan miskin.

Oleh itu admin ingin bertanya haruskah kita memberikan mandat lagi kepada UMNO dan BN?

Adakah UMNO akan dapat menyamaratakan penguasaan ekonomi dan menjadikan bangsa Melay bangsa bermaruah bukan bangsa kelas ketiga dinegara ini?

Dapatkah UMNO lakukan dengan slogan HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.