Dua
lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan
bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah
menyertai PKR.
Kedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR
sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.
Dalam
satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata
perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat
Sabah.
"Kami
mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih
baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.
Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.