King Jason's photo.
Ahli
parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah
memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya
berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.
Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang.
Menurutnya, 3,457 nama pemilih dikeluarkan terus daripada daftar pemilih untuk penggal keempat dan 2,195 nama pemilih ditukar tempat pengundiannya tanpa pengetahuan mereka.
Perkara itu dakwanya dikesan selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.