Setiausaha publisiti DAP Tony Pua
mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan
Air Selangor (SYABAS) yang diumumkan perdana menteri menjadikan jumlah
dana untuk "menyelamatkan" syarikat kini meningkat menjadi RM3.41 bilion
dalam tempoh empat tahun.
Katanya, peruntukan tambahan itu
juga membuktikan bahawa krisis air di Selangor dan Kuala Lumpur tiada
kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air dari projek Langat 2.
"Sebaliknya, ia membuktikan bahawa
krisis itu adalah disengajakan oleh SYABAS untuk menaik taraf loji
rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat serta membaiki dan
menggantikan paip lama dan pecah.
"Dengan RM120 juta yang digunakan,
ia menunjukkan krisis tersebut dapat diatasi jika SYABAS melabur dana
sendiri untuk usaha ini sejak awal," katanya dalam satu kenyataan media
hari ini.
Menurut Pua, kerajaan negeri dan
juga persekutuan tiada kewajipan untuk menyediakan geran atau pinjaman
kepada SYABAS untuk menaiktaraf infrastruktur air.
Maka, peruntukan RM120 juta kepada
SYABAS itu bukan geran oleh kerajaan persekutuan untuk membatu rakyat di
negeri tersebut tetapi satu skim yang didakwa untuk menyelamatkan
syarikat berkenaan.
MP Petaling Jaya Utara itu
seterusnya menyenaraikan dana yang didakwa disalurkan kerajaan
persekutuan BN untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.
"Pada Disember 2009, kerajaan memberi pinjaman mudah RM320.8 juta selama 20 tahun kepada SYABAS.
"Pada Oktober 2011, kerajaan BN
sekali lagi memberi pinjaman RM110 juta selama 20 tahun kepada SYABAS
untuk tujuan sama," katanya.
Dakwanya lagi, kerajaan sekali lagi
menyelamatkan SYABAS dengan mengambil alih keseluruhan bon SYABAS
sebanyak RM2.9 bilion yang tertunggak.
"Sehingga kini, Menteri Tenaga
Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin masih belum mendedahkan
sama ada SYABAS telah membayar barang satu sen daripada bon penyelamatan
RM2.9 bilion oleh kerajaan persekutuan," katanya.
Oleh yang demikian, jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM3.41 bilion, kata Pua.
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.