Assalamualaikum Bro Isa,
Bro, kalau bro nak publish cerita ni..belasah je.
hehehehehe
Aku tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalam
FB isteri aku (berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di
Lahad Datu pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB).
Panic... Bingung
semacam tak percaya. Baca 2-3 kali... eh, takan
perkara macam ni PDRM buat main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada
buat
release ke benda ni officially? Bahaya ni..!!
Aku pun cuba la explore mana-mana blog PR yang ada
cerita ni.. ada... tapi tak banyak yang jadikan top story.
Yang paling
top, cerita
pasal Najib kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai
blogger PR
yang tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggal
dekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau
betul la)..
Aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di
kawasan-kawasan
berhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..
Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….
Tuntutan ke atas Sabah?
Aku tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la,
katakan benar, katakan tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dan
kenapa Hishamudin KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semeja
dengan Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagi
tau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu?
Kalau pun ada,
kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa suruh
kuncu-kuncunya datang?
Dorang datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambil
macam tu je ke? Orang Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dah
lama sini pun tak ambik kisah je.
Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni.
Aku tak tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buat
dekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?
Tuntutan lain yang aku dengar lagi, dorang tak nak
balik, konon Sabah ni hak nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atau
warganegara Malaysia.
Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku tak
tau..sebab cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.
Mendarat di FELDA?
Ada cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, ada
cerita lagi di Kampung Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan Felda
Sahabat. Aik? Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda?
Tak de tempat lain ke?
Kenapa tak turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus ke
Kota Kinabalu? Kenapa pilih Felda?
Tak kan semua rokok smuggle yang ada di
Sabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek?
Hahahahahaha…..funny!
Atau kes Felda di Sabah ni belum settle?
Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak.
Puak-puak ni datang bawa senjata?
Dorang datang bawa senjata? Ada “baby armalite”?
fuiyoo!! Datang Felda ada senapang? Tapi Felda Sahabat ada resort kan? Dorang
nak holiday kot? Stay resort…santai..and have fun.
Atau pun, mungkin ka jugak
senjata-senjata ni dah lama ada di Sabah ni? Ini bukan lagi datang nak holiday,
ni dah kira nak berperang. Habis la…….
Seperkara lagi, puak ni, suku kaum ni,
dah lama ada di Sabah. So, kalau betul la diorang nak perang, tak kan suku
dorang yang lain yang dah lama duduk di Sabah ni bediam diri??
Mana barisan keselamatan negara?
Yang ni aku tak faham langsung. Dorang datang Sabah
ni senang-senang je. Masuk macam tu je. Siap bawa senjata lagi.
Ish…mana pegi
pasukan keselamatan negara yang menjaga perairan? TLDM, Maritime, PGA, Polis
dan macam-macam lagi la… Mana kapal selam kita yang MAHAL tu?
Hahahahahaha..
pasukan kita ni bersantai ke di Pulau? Eh.., aku salute dengan dorang ni. Sebab
dorang la negara selamat. Tu pun kalau dorang buat kerja la.. kalau tak memang
dah lama hancur.
Tapi dalam kes ni, langsung tak masuk akal. Okay, kata la
dorang dah lama ada di Sabah, mana ejen perisikan kita? Dorang tak tau ke, atau buat-buat tak tau….
Lagi aku tak faham, kenapa dengan puak-puak yang boleh
di anggap militant ni, kita masih boleh nego lagi? Kenapa tak serang terus?
Dah
tau diorang ada senjata and bila-bila boleh perang, nak nego lagi? Kita Duduk
Bantah pun kena sembur dengan air, kena gas pemedih mata, kena balun, tumbuk,
sepak, terajang... fuh!!
Fully package!! baru duduk belum perang lagi. Banduan
terang-terang lari… kejar.. tembak mati..!! yang ni..?? Takan nak bagi makan
lagi..??
Simple aku cakap, orang datang rumah ko, dan jelas ko tak kenal, then
bawa senjata, takan nak jemput naik lagi, hidang kuih. Tak faham aku.
Sekolah ditutup?
Dan yang ni pun aku tak faham, statement orang-orang
besar kata, semuanya okay... tak akan berlaku pertumpahan darah.. tapi kenapa
sekolah kena tutup..??
Beberapa sekolah berdekatan dengan kawasan Felda ditutup
atas sebab-sebab keselamatan..maaf aku tak dapat circular dari kawan-kawan
kat sana.
Tapi yang pasti, member aku kat Tawau dah balik Felda Sahabat, ambik
anak bini dia. Kenapa mesti tutup sekolah? Darurat sangat ke?
Dah mula bertembak
ke? Nego dah tak boleh ke? Aku rasa macam dah nak perang. Tempat aku yang jauh
dari kawasan puak-puak ni datang pun dah macam darurat.
Kesimpulannya senang. Tak payah fikir banyak. Sama
ada benda ni siyes berlaku atau cuma Drama Swasta. Walau apa pun kejadiannya,
bagi aku la.. KALAU benda ni betul berlaku, baik keraaajaan UMNO-BN settlekan
cepat.
PRU13 dah dekat.... Jangan nak lengah-lengahkan masa dan jadikan kes yang
berlaku ni sebagai alasan untuk menangguhkan PRU13.
......TETAPI……TETAPI……TETAPI……TETAPI……
Sekiranya ini Drama Swasta yang UMNO-BN buat, aku
berharap sangat, UMNO-BN ni akan mampus selama-lamanya.
Mr XXXXXXX.
(Nota: Gua sembang dengan member Lahad Datu yang kini berada di Semenanjung, dia kata pagi tadi dia call isterinya di Lahad Datu sebab dia pun risau gak..., feedback dari isterinya mengatakan suasana di Lahad Datu aman dan tenteram, anak2 pergi sekolah seperti biasa. Cuma ada roadblock sana sini... itu jer...)Walau apa pun terima kasih kepada sahabat kita yang hantar email atas tu untuk perkongsian kita bersama dalam membuat penilaian/perbezaan samada apa yang dilaporkan selama ini oleh media perdana/alternatif benar atau tidak... sendiri mau ingat laaa.... wallahuaklam...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.