Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata parti itu akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu
ranting parti itu yang didakwa menganjurkan tarian dengan menampilkan
wanita berpakaian mengghairahkan.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong.
Katanya, PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak
sesuai dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.
"Parti ini perlu mendukung nilai yang baik, yang mana ia perlu
dipertahankan setiap masa," katanya yang juga ahli parlimen Permatang
Pauh.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan
diambil oleh parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan
majlis tersebut.
Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.
Anwar berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama berkaitan pendidikan percuma di Universiti Selangor di Shah Alam.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.