HAMAS KUNJUNGI ANWAR: TIDAK HIRAUKAN NAJIB, PENGIKTIRAFAN MENINGKAT PR BAKAL MENANG PRU13
Written by Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia
Chronicle
Pemimpin
pembangkang, Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi terkemuka dari Palestin
yang diketuai oleh Walid al Moudi, ahli senior biro politik Hamas dan Ahmad
Al-Kurd, bekas menteri hal ehwal sosial Palestin di ibu pejabat parti PKR di
Kuala Lumpur.
Anwar,
berusia 64 tahun yang dijangka akan mengambil alih kerajaan persekutuan
daripada parti Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu
skandal, mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana berterusan dengan agenda
politik perpecahan mereka di wilayah itu.
“Semasa
saya masih lagi ketua pelajar pada tahun 1973, saya telah mengetuai demonstrasi
menentang keduataan AS dan Israel kerana ketidak adilan yang melampau dalam
polisi Timur Tengah mereka. Pada ketika itu, ia merupakan demonstrasi
terbesar di bandaraya Kuala Lumpur,” Anwar memberitahu sidang akhbar bersama
dengan delegasi Palestin pada hari Jumaat.
“Saya
berani berjanji kerajaan PR yang baru akan lebih bertegas dan telus dalam
sokongannya terhadap rakyat Palestin, dalam menuntut keadilan dan perjuangan
mereka.
Pengiktirafan dunia yang meningkat terhadap PR dan tidak
mempedulikan Najib
Kunjungan
Hamas menaikkan kemarahan sesetengah pihak apabila tidak lama sebelum itu,
Kesatuan Eropah telah melakukan perkara yang sama. Ini menandakan pengiktirafan
kuasa asing akan kemungkinan besar Anwar dan parti Pakatan Rakyat untuk
memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan
seterusnya menubuhkan kerajaan persekutuan.
Duta
EU Luc Vandebon telah menegaskan bahawa EU tidak mempunyai masalah untuk
bekerjasama dengan Anwar dan akan mengiktiraf PR sebagai kerajaan baru asalkan
ia telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.
Ia
juga ketara apabila delegasi telah memilih untuk mengunjungi ibu pejabat Anwar
yang tidak seberapa dahulu, dan bukan membuat kunjungan balas ke atas Najib
yang baru melakukan kunjungan ke atas Semenanjung Gaza untuk bertemu perdana
menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
"Jika
mengikut isyarat diplomasi antarabangsa, anda boleh katakana ini bagaikan tidak
menghiraukan Najib,” ketua komiti disiplin PKR," Tan Kee Kwong berkata
kepada Malaysia Chronicle.
Bersama
Anwar di pertemuan dengan Hamas, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, timbalan
presiden PKR, Tian Chua, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan ahli
parlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Kamu dari kami, dan kami dari kamu
Delegasi
Palestin telah diberi taklimat tentang keadaan semasa senario politik di
Malaysia dan mempunyai pandangan yang sama tentang perkembangan terbaru di
Timur Tengah.
NGO
Malaysia, Aqsa Syarif juga telah menyerahkan derma sebanyak US$ 700,000 (RM
2.175 juta) untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang telah
dimusnahkan pada tahun 2008 semasa pencerobohan Israel.
“Saya
berterima kasih kepada pemimpin, Anwar Ibrahim kerana memulakan usaha derma
ini. Encik Anwar memang dikenali sebagai penyokong kuat Palestin semenjak tahun
1980-an.
Ikram dan Aqsa Syarif juga begitu aktif dalam sokongan untuk
perjuangan kami dan menunjukkan keikhlasan dan kemurahan hati rakyat Malaysia.
Kita mahu beritahu rakyat Malaysia seperti apa yang mereka nyatakan kepada
kami, kamu dari kami dan kami dari kamu,” kata Walid dalam ucapan yang singkat.
John Kerry tidak akan mengubah dasar US-Timur Tengah
Apabila
ditanya jika perlantikan John Kerry sebagai Setiausaha AS yang baru
menggantikan Hillary Clinton akan mengubah pendirian kuasa besar itu tentang
wilayah yang kaya dengan minyak, Walid tidak optimistik.
“Sesiapa
sahaja yang menjadi Setiausaha Negara itu yang baru tidak akan mengubah dasar
menyokong Israel menentang Palestin. Senjata yang membunuh kanak-kanak Palestin
adalah dari AS dan AS memberi senjata-senjata itu kembali selepas 2 kali
serangan terhadap Gaza.
Sesiapa yang menang dalam pilihanraya di As bergantung
kepada siapa yang lebih menyokong Israel dan menyokong agar Israel dalam
mempertahankan diri dan menentang Palestin,” Walid tidak berselindung dalam
kenyataannya yang pendek.
Malaysia
Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.