- Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta.
- Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya.
- Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC.
- Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010. Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun.
- Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura.
- Kumpulan anti kilang radioaktif Lynas membentuk NGO Himpunan Hijau
- Pada februari 2012 demonstrasi di beberapa buah Bandar utama dilakukan.
- Demonstrasi terbesar di Kuantan, mengumpul 20,000 peserta. Manakala himpunan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 3,000 peserta
- Perjuangan menolak kilang nadir bumi melibatkan pemfailan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mahkamah menolak semua kes
- Kerajaan memberi kelulusan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas dan pada November 2012, loji Lynas menerima bahan mentah untuk diproses biar pun rakyat Malaysia menentang keras.
- Dianjur pada 28 April 2012.
- Menggesa 8 tuntutan dipenuhi agar pilihan raya ke 13 berlangsung dalam suasana bersih dan adil
- Mengumpul 300,000 peserta di pinggir Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah. Ia dicemari dengan keganasan berleluasa polis pada sebelah petang ketika menyuraikan peserta demonstrasi
- Skandal pembelian Scorpene lanjutan dari pendedahan tahun 2008. Skandal terbongkar meluas melalui siasatan oleh hakim penyiasat Perancis Roger Le Loire. Najib adalah Menteri Pertahanan pada 2002 ketika Scorpene dibeli.
- Pada Mei 2012 Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan beberapa dokumen yang diperolehi dari peguam William Bourdon and Joseph Breham yang dilantik NGO itu untuk membuka kes rasuah pembeliankapal selam di antara syarikat Perancis DCNS dan syarikat kroni Najib, Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda.
- Sejumlah dokumen ditemui pendakwa awam Perancis mengesahkan Menteri Pertahanan ketika itu, Najib meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) daripada DCNS (anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN) untuk Perimekar.
- Turut didedahkan Dokumen 87, Dokumen 97 dan Dokumen 136 yang mendedahkan mengenai urusan pemberian komisyen. Didedahkan Umno adalah penerima terbesar komisyen.
- Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad dibongkar oleh pengerusi Anak Mazlan Aliman pada April 2012.
- Penyenaraian didakwa melibatkan penggadaian 360,000 hektar tanah milik Felda seperti Felda Plantation dan tanah peneroka dicagar selama 99 tahun.
- FGVH tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk mencagarkan tanah tersebut sebagai modal saham. Tanah di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) adalah milik kerajaan negeri.
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia disalahguna dalam usaha meneruskan penyenaraian pada Jun 2012. Tanpa persetujuan pemilik tanah suruhanjaya sepatutnya menolak penyenaraian FGVH.
- Skandal didedahkan pada Oktober 2012
- Melibatkan dakwaan pemberian tender mengoperasikan sistem AES kepada syarikat kroni Beta Tegap Sdn Bhd
- Pemegang saham terbesar syarikat tersebut ialah To’Puan Rozana Redzuan anak bekas Ketua Bahagian Umno parit Sulong, manakala kedua terbesar Andreas Teoh yang didakwa rapat dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek
- Sementara Ates Sdn Bhd pula didakwa dimiliki oleh kroni Najib, Tan Sri Azman Yahya.
- Skandal paling memalukan Musa Aman adalah penangkapan adik angkatnya Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong pada 2008 ketika membawa pulang wang RM40 juta ke Malaysia.
- Dalam soal siasat ICAC Hong Kong, Chia mengakui wang tersebut milik Musa.
- Wang RM40 juta itu diakui untuk disumbangkan kepada Umno Sabah. Bagaimanapun pemimpin kanan Umno Sabah seperti Lajim Ukin tidak tahu mengenainya.
- Skandal turut melibatkan Menteri Undang-undang Nazri Aziz. Beliau mempertahankan ‘sumbangan politik’ Musa.
- Siri pendedahan seterusnya berjaya mengesan kenderaan mewah yang digunakan Nedim, anak Nazri. Iaitu, jenis Hummer bernombor pendaftaran WNX 9776 didakwa didaftar atas nama Michael Chia (Chia Tein Foh).
- Deepak menutup tahun penuh skandal BN dengan kejutan dramatik pada November 2012. Beliau mendedahkan mata rantai yang hilang (missing link) dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan misteri kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam.
- Deepak mendedahkan hubungannya dengan Rosmah dan pertolongan perniagaan yang diperolehi dari keluarga Najib.
- Keluarga Najib didedah terlibat secara langsung dalam menarik balik akuan bersumpah Bala.
- Menurut Deepak sekiranya akuan tidak ditarik maka seseorang akan mendedahkan siapa memberi arahan membunuh Altantuya
- Deepak mengatur pertemuan antara adik Najib, Nazim dan Bala. Beliau mendakwa Nazim membayar Bala sejumlah wang daripada RM5 juta yang dijanjikan untuk membuat akuan kedua yang menafikan akuan pertama.
~ Keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.