Caught on CCTV: Diwanitakan untuk mencuri
modayu
Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.
Berbekalkan
sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah
menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor.
Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah
disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup
menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu...
Video
ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau
tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri
jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah
orang ramai disitu..Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.
Saksikan
Semoga
menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia
agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai.Itu
adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan
surau.Jangan dipersiakan amanah mereka.Kuncilah tabung-tabung itu
seelok-eloknya..
Semoga bermanfaat.
md daud yusri alhutan melintangi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.