Followers

Friday, January 11, 2013

( Video ) Anwar Ibrahim: Media Masih Digunakan Untuk Jadi Alat Murahan & Alat Fitn...


 

PANAS! Taib Mahmud 'Demam' 3,000 Datang Ceramah Anwar?


Benarlah kata pepatah lama, sekali air bah, sekali pantai berubah.

Begitulah yang boleh diumpamakan apabila melihat sambutan kebangkitan rakyat nun jauh di Sarawak sudah mula menampakkan kesan ketara hingga mengejutkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa mengadakan siri lawatan ke negeri itu hujung minggu lalu.

Semuanya kerana perubahan yang diinginkan rakyat sudah tidak dapat ditahan hinggakan mencemaskan ketua menteri, Taib Mahmud kerana maklum balas positif terhadap ceramah yang diadakan di kubu kuat anaknya sendiri!

Kota Samarahan, begitulah nama kawasan parlimennya yang tidaklah jauh dari ibu negeri Kuching namun sebelum pilihanraya negeri April tahun lalu, parlimen ini dijaga begitu ketat oleh Taib setelah ahli parlimen yang merupakan anak kandungnya, Sulaiman Abdu Rahman menghilangkan diri sejak 2010 lagi berkelana ke kota London.

Kini kawasan parlimen tersebut dijaga orang kuatnya, Abdul Karim Hamzah yang juga merupakan ADUN Asajaya sejak kehilangan Sulaiman menimbulkan spekulasi bahawa dia disingkirkan dari keluarganya.

Satu lagi DUN dalam parlimen ini ialah Muara Tuang yang mana calon PAS hampir saja menang tanpa bertanding jika tidak kerana tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyelamatkan adik Taib, Ali Mahmud dari menanggung malu.

Kehadiran lebih 3,000 penduduk Kota Samarahan semasa ceramah Anwar Sabtu lalu rupanya mengejutkan Taib selaku presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang menguasai kerajaan negeri sejak 1981.

Belum pernah ceramah sebesar ini diadakan oleh mana-mana pihak termasuk PBB sendiri yang mampu mengumpul sejumlah besar masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di kawasan parlimen yang mempunyai lebih 29 ribu pengundi berdaftar ini.

Malah, Abdul Karim sendiri tidak menyangka sambutan hangat diberikan terhadap ceramah Anwar kerana merasakan rakyat pedalaman tidak mengikuti perkembangan semasa tanah air selain cukup dengan keperluan asas yang sedia ada.

Walaupun Sulaiman menang dengan majoriti besar 11,418 undi namun penganalisis berpendapat ia banyak bergantung kepada Taib dan bukannya kepada kekuatan Sulaiman sendiri sebagai ahli politik.

Lebih membimbangkan, sejak kehilangan Sulaiman, pengaruh Taib dilihat merosot dan buktinya apabila kedua-dua kerusi DUN dalam parlimen itu menunjukkan penurunan undi ketara buat PBB lebih setengah dari pilihanraya negeri sebelumnya.

ADUN Batu Lintang, See Chee How menganggap gelombang perubahan sudah mula menakutkan BN kerana masakan tidak, mereka sendiri mengakui bakal kehilangan kerusi dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya masalah seperti ini tidak diselesaikan segera.

Terdahulu, Anwar dalam mesyuarat pimpinan KEADILAN negeri optimis mampu meraih 10 kerusi parlimen daripada 31 keseluruhan dan Kota Samarahan merupakan salah satu daripada sasarannya.

Gembira dengan sambutan mengejutkan tersebut membuatkan Anwar mengambil keputusan untuk datang lagi ke negeri ini dalam masa terdekat bagi menggempur lagi beberapa kerusi parlimen yang berpotensi seperti Mas Gading dan Julau.

Kini Taib harus ada perasaan bimbang dan gusar dengan perkembangan ini hingga terpaksa mengutus  empat wakil parti untuk berjumpa dengan Anwar kunun mahu berbincang dan bertukar pendapat tentang politik semasa namun Anwar berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari mereka.

Najib Altantuya yang membuat keputusan mahu menggugurkan sembilan ahli parlimen PBB termasuk Sulaiman menaikkan darah Taib hingga sanggup mengutus wakil bertemu Anwar tanpa memberitahu 'bosnya' itu di Kuala Lumpur.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.