TIDAK
cukup dengan menipu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri mohd Najib Tun
Abdul Razak di Majlis Pelancaran Mini Estet Sejahtera Felda di Kg Nala,
Tungku; turut memperdaya penduduk Tg Labian mempercayai janjinya yang
ditulis di atas Surah Yassin;
Ustaz lulusan Universiti Al-Azhar ini sanggup menipu 'Tuhan' UMNO
apabila membina Surau Kg Simuning, Tambisan Darat dengan harga mega,
RM270,000.
Ketua Penerangan
Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi mendedahkan demikian setelah tim
pemantau AMK melakukan lawatan ke Tambisan baru-baru ini sebagai
persediaan melakukan gerak gempur di DUN Tungku menjelang PRU-13.
Tegas
Citra, jika seorang kontraktor Cina (meminta namanya dirahsiakan)
sanggup menderma RM100,000 kepada surau yang dibinanya dengan nilai
kontrak RM80,000; Ustaz Al-Azhar ini menambah nilai kontrak Surau Kg
Simuning daripada RM250,000 kepada RM270,000 melalui sebutharga
berasingan iaitu RM20,000 lagi untuk membina pagar dawai mata punai.
"Ustaz
lulusan Al Azhar yang bernama Mohd Suhaili Said yang telah menjadi Adun
Tungku sejak 1999 (bermula sebagai adun dilantik) begitu hebat sebagai
pengikut Muawiah Abu Suffian dan Abu Jahal kerana pakar tipu muslihat,"
ujar Citra yang kagum dengan kehebatan siasah dan ilmu putar belit Adun
Tungku.
Jika
pada tahun lalu, kata Citra, ketika berucap di Majlis Pelancaran Rumah
PPRT dan Mini Estet Sejahtera Kg Nala, Perdana Menteri telah menyindir
Suhaili dengan mengatakan "sebentar tadi ada yang berbisik kepada beliau
bahawa Kolam Ikan berdekatan dengan projek berkenaan bukannya Mini
Estet Sejahtera, sebaliknya milik penternak luar"; Datuk Seri Najib
berkata;
"Tidak
mungkin Timbalan Yang Dipertua MUIS berbohong" (yang menyebabkan muka
Suhaili kelihatan merah padam dan jawatannya sebagai Yang DiPertua MUIS
diperbetulkan setelah dibisik Ketua Menteri Sabah).
Sehubungan
itu, Citra meminta penduduk Tungku agar menolak kepimpinan Suhaili yang
sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga survival politiknya.
"Jika
beliau sanggup menipu Allah Subhanawatalla dengan melakukan silap mata
membina surau semahal ini, apatah lagi beliau tidak sanggup menipu para
pengundi?" kata Citra yang sudah menyerahkan aduan rasmi kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah mendapat aduan
bahawa seorang lelaki yang digelar 'Pendekar Mata Satu' menerima habuan
RM20,000 daripada kontraktor.
KECIL.....Jarniah menunjukkan Masjid lama yang dibina bapanya dan surau baru yang dibina kerajaan.
Menurut
Citra, beliau tidak percaya jika Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri
Sabah, Haji Matusin Sunsang sanggup bersubahat dengan Suhaili dengan
mengubah pelan rekabentuk surau berkenaan dengan membina surau yang
hanya berkeluasan 30 kaki X 30 kaki sahaja.
"Mengikut
semakan kita, harga Surau Baru Kg Simuning di antara RM80,000 sehingga
RM100,000 sahaja. Mustahil surau sekecil ini boleh mencapai RM270,000,"
ujar Citra sambil membandingkan surau berkenaan dengan Surau Kg Remang
(di hadapan rumah Suhaili) dan Surau Dewata (Surau Haji Tuaran) yang
masing-masing bernilai RM80,000 dan RM100,000 sahaja.
Selain
daripada surau Kg Simuning, kata Citra, Surau Tambisan dan Surau Nipah
juga begitu mahal iaitu bernilai RM150,000 yang dijalankan oleh proksi
dan kroni Suhaili.
Citra
turut kesal kerana projek berkenaan dimonopoli oleh Ketua Puteri UMNO
Silam, Mizma Apehdullah yang mengguna kedudukannya dalam UMNO untuk
memperkayakan diri sendiri namun memangsakan penduduk Simuning dengan
projek Surau yang tidak bermutu.
Dalam
pada itu, Editor Sabahkini.net yang kebetulan berada di Lahad Datu
baru-baru ini telah sempat singgah meninjau surau yang didakwa Citra
sebagai terlalu mahal.
Daripada
tinjauan Krew Sabahkini.net bersama Editor dan penduduk kampung, memang
diakui surau berkenaan terlalu mahal berbanding dengan mutu, keluasan
dan senibina.
Seorang
penduduk Kampung Semuning, Bari Bin Musad @ Mustapha, 31, mengakui
projek membina surau ini bermula pada 9 mei 2012 dan tarikh sepatutnya
siap pada 12 September 2012, namun sehingga 26 Disember 2012, projek
berkenaan belum siap sepenuhnya.
BOCOR....Bari menunjukkan siling Surau berkenaan yang bocor di sana sini walaupun belum digunakan penduduk kampung.
"Walaupun
pendawaian telah siap tetapi bekalan elektrik belum dipasang, siling
bocor di sana sini dan jubin lantai surau tidak dipasang dengan
sempurna. Mimbar pun tidak ada," ujar Bari yang masih bersembahyang lima
waktu di Masjid lama yang terletak berhampiran.
Manakala Jarniah Binti Abdul Karim yang sebelum ini telah mendedahkan isu Surau kampung Semuning dalam Videoklip bertajuk 'Islamophobia Terlampau!' dan 'Masjid Di Kampung TYT Berdindingkan Angin?' turut tidak berpuas hati dengan projek ala kadar berkenaan.
"Kami
mengharapkan Masjid yang cukup luas untuk menampung jemaah yang semakin
ramai. Tetapi kami hanya mendapat surau yang sebegini kecil," ujar
Jarniah.
Tegas
Jarniah, sikap Suhaili agak keterlaluan kerana telah menurunkan taraf
Masjid Nur Jannah Al-Karim di Kampung Simuning kepada 'Surau' yang
kelihatan seperti 'Tin Sardin' kerana tidak dapat memuatkan jemaah yang
ramai.
Kata
Jarniah, beliau tidak percaya sebagai Yang DiPertua MUIS, Suhaili
sanggup menghina umat Islam di Kampung Simuning, terutama Al-Marhum
bapanya yang membina Masjid berkenaan dan TYT Tun Juhar Mahiruddin.
MURAH......Surau Al Mukmin yang terletak di hadapan rumah Suhaili hanya berharga RM80,000.
BERPATUTAN.....Surau Kg Dewata hanya menelan kos RM100,000.
"Kontraktor
berkenaan bukan sahaja tidak cekap menjalankan kerja malah dikontrak
kepada beberapa sub kontraktor sehingga mutu binaannya seperti rumah
PPRT yang bocor di sana sini," ujar Jarniah yang kesal jika benar
dakwaan subkontraktor bahawa Ketua Puteri UMNO Silam yang mendapat
kontrak berkenaan tetapi menggunakan lesen Sinar Mutiara Development.
Jarniah
bagaimanapun menggesa agar TYT dan Ketua Menteri Sabah campurtangan
dengan menaiktaraf surau ini bagi mengelak isu ini dimanipulasikan oleh
pembangkang terutama PKR dan SAPP yang semakin mendapat sambutan hangat
penduduk Tambisan.
"Islam
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan;
tambahan pula sebagai umat Islam kami terkilan dengan layanan kelas
kambing; apatah lagi Surau baru kami ini banyak cacatnya," ujar Jarniah
yang menggesa agar Masjid lama dijadikan madrasah sebelum PRU-13.
Videoklip Akan Menyusul Dalam Masa Terdekat!
-sabahkini.net
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.