ULASAN SEMASA: Kemasukan ulamak – satu lagi letupan.
www.umno-reform2.com sebelum ini telah memaklumkan 5
kejutan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 yang bagi
mereka akan menyempurnakan misi mereka ke Putrajaya.
Kami telah maklum
mengenai pendedahan Deepak Jaikrisna.
Kejutan seterusnya adalah
kemasukan intelektual agama serta tokoh intelektual pendidik
dalam Pakatan Rakyat.
Mereka dijangka akan menyertai Pakatan Rakyat
dalam masa terdekat bagi menguatkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat sudah
mula diterima secara keseluruhan.
Dalam pada itu, beberapa tokoh agama akan bertindak agresif berkempen
pada saat-saat pembubaran parlimen – sehingga PRU 13 berlaku untuk
memberi loncatan kekuatan kepada Pakatan Rakyat.
Kami juga dimaklumkan
strategi yang di rancang khas untuk memukul gendang – mencanangkan
kemasukan mereka akan dilaksanakan bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Gambar sekadar hiasan dari admin :) Umno tak pa, ramai blogger kaki fitnah dan lucah!
Letupan ini dibuat berstrategi agak kesan kemasukan mereka akan menguatkan lagi beberapa negeri untuk terus diperintah dan beberapa negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Isu lain seperti isu Najib
dan Rosmah pada ketika itu akan memasuki pusingan gegaran ke 2.
UMNO perlu segera mengubah strategi agar jangan ketinggalan pada saat-saat terakhir ini.
Pembangkang sudah seakan menyiapkan plan utama
dalam menuju PRU 13 dan sikap defensif UMNO akan mengikat UMNO dari
bertindak dan ini memberi kesan kepada persepsi negatif yang akan
terbentuk buat UMNO.~ KB
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.