Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M-M'insider
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib
berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali
mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat
melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.-M'insider
Sapa yang tak faham lagi akan signal Tun Madey.Bik Mama tentu kecewa.Kini orang harapan Tun Madey untuk keselamatan beliau dan anak beranak di masa hadapan ialah Muhyiddin bukan lagi Najib.
Tak kalah lagi
Tun Madey dah bayangkan nasib Najib selepas pru 13.Menang sikit kena
terajang la jawabnya daripada kerusi PM.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.