Followers

Tuesday, January 8, 2013

TIDAK ADA JALAN MUDAH JIKA NAMANYA PERJUANGAN.




Lagi 4 hari Perhimpunan Kebangkitan Rakyat akan tiba namun  permit kelulusan masih belum ada jawapan ?

Sebagai rakyat Msia yang telah lama mengikuti perkembangan politik semasa, bukan sekadar melihat tv dan membaca media2 perdana tapi juga mengikuti akhbar Harakah dan Keadilan.   Tetapi juga turut sama terlibat dalam siri2 perhimpunan rakyat di seluruh negara.

Seharusnya rakyat yang bijak akan dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Seperti Perhimpunan Bersih 3, pihak pemerintah tidak meluluskan permit perhimpunan di Dataran Merdeka dengan alasan mengganggu ketenteraman awam. Jika ini dijadikan alasan adalah sangat tidak tepat sama sekali. 
 
Bukankah Perhimpunan Bersih 3 hanya diadakan
hanya sehari dan berakhir seawal jam 4 - 5 petang jika tidak berlaku sebarang provokasi yang sememangnya telah dirancang sejak awal.
 
Sedangkan setiap minggu ada berbagai program diadakan di Dataran Merdeka sehingga malam.

Sehingga sekarang pihak PDRM gagal menunjukkan video sebenar visi asal peristiwa Bersih 3 melainkan yang telah diedit untuk memburukkan peserta perhimpunan. 
 
Peristiwa siri pembantaian polis keatas peserta Bersih 3 adalah sebagai amaran pemerintah kepada rakyat yang tidak sehaluan dengan dasar kerajaan.

Kenapakah Permit Perhimpunan di Stadium Merdeka tidak lulus?

Sebab utamanya adalah dasar kerajaan yang memastikan apa2 saja yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan di mata rakyat perlu dilindungi atau ditutup dari pengetahuan rakyat.

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara  Musa Hassan, APCO terlibat dalam menasihat PDRM. Bersih 3 membuktikan betapa liciknya perancangan mereka menghuru harakan perhimpunan.

Keluarlah dikaca tv berita keburukan perhimpunan Bersih 
 
3. Peristiwa Bersih 3 bakal berlaku lagi kerana mereka juga ada perancangan mereka sendiri.

Untuk menutup Perhimpunan Kebangkitan Rakyat mendapat sokongan padu dari berbagai parti politik, NGO2 dari semua kaum dan bangsa.
 
Ini akan mencemaskan UMNO/BN kerana untuk mengadakan himpunan sebesar ini adalah sesuatu yang sukar dilakukan oleh UMNO.

Marilah sama2 kita berdoa agar perhimpunan kali ini dapat diadakan dengan aman dan selamat serta berjaya mencapai matlamatnya.
 
selamat dan berjaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.