Followers

Thursday, January 31, 2013

Terang Lagi Bersuluh : Daftar pemilih tak mungkin 100 peratus bersih, kata SPR

 

PUTRAJAYA, 30 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata adalah mustahil untuk daftar pemilih bersih sepenuhnya, walaupun menerima tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa tidak ada sebuah negara yang 100 peratus daftar pemilihnya bersih kerana kematian, berpindah atau penarikan kewarganegaraan.

"Kita telah cuba sebaik yang boleh untuk bersihkan daftar pengundi mengikut undang-undang," kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

"Jika saya bersihkan daftar pemilih hari ini, esok seseorang (mungkin) mati, ia akan tidak bersih lagi."

Abdul Aziz mengatakan SPR tidak boleh secara undang-undang mengubah daftar pemilih sewenang-wenangnya.

SPR turut menyebut tarikh pilihan raya 2013, dimana perdana menteri Australia Julia Gillard mengumumkan pilihan raya negara itu berlangsung lapan bulan dari sekarang.

"Apa saya boleh katakan tarikh pilihan raya semakin hampir," kata Abdul Aziz lagi.
"Kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain, kita ada cara kita sendiri."


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.