Followers

Tuesday, January 29, 2013

Tamrin Tempelak Barua Umno

Tamrin sedang menyampaikan ceramah.
Semalam anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba, Tamrin menempelak para barua Umno yang tidak habis menakut-nakut orang Melayu khasnya di kampung dengan menimbulkan cerita-cerita yang tidak masuk akal kerana terdesak untuk menang dalam pilihan raya.

Kata Tamrin, Umno menerusi agensinya sanggup memperbodoh-bodohkan orang Melayu sampai sanggup menengelamkan fakta yang ada di depan mata mereka.

Misal kata beliau, boleh agen Umno bercerita kepada orang Melayu kampung sekiranya Pakatan Rakyat menang lagi di Pulau Pinang negeri itu akan terus menjadi milik Cina, hari ini pun dakwa mereka DAP sudah berkuasa apabila Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Dengan nada lelucoh Tamrin menyebut satu persatu bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini; katanya KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa Bugis, yang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa, ketiga Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau.

"Hanya kini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina," sinis Tamrin.

"Saya hairan dengan Umno dan agen-agennya ini masakan buta sejarah begitu teruk sekali," katanya sambil disorak oleh para hadirin. Tamrin membuat senikal itu semasa berceramah di Padang Bola Rejang Setapak malam tadi. Tambah beliau lagi memang patut kalau kita hantarkan mereka ini ke sekolah semula dari Tadika hingga ke IPTA untuk mengenalkan mereka dengan sejarah dan fakta-fakta yang direkod.

Tambah beliau lagi, Umno dan agennya boleh memberi tahu apa saja yang tak tersaul dek akal kepada orang ramai, tetapi orang tidak akan mempercayainya. "Umno boleh mengadu dombakan rakyat, membuat fitnah dan sebagainya, tetapi rakyat akan menolaknya, percayalah tuan-tuan, kerana rakyat sudah naik muak," kata Tamrin lagi.


Bekas Exco Pemuda Umno yang kini sudah menjadi ahli PAS seumur hidup itu dan menjadi penceramah paling popular juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini, Lim Guan Eng kerana telah membantu dalam pengembangan Islam di negeri itu di mana jumlah bantuannya lebih banyak berbanding dengan bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan BN di mana Umno bersekongkol sekali sebelum ini.

Beliau lantas menyebut angka-angka yang diperuntukkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk institusi agama di negeri itu berbanding dengan sebelum ini.


Peruntukan berkaitan hal ehwal agama Islam semasa BN sejak 55 tahun lalu, RM25.7 juta (2008) sekarang di zaman DAP sebanyak RM33.2 juta (2009), RM38.9 juta (2010), RM45.7 juta (2011) dan RM64.03 juta (2012).

Saguhati tahunan untuk KAFA, di zaman BN sebanyak RM659,000.00 (2008) di zaman Pakatan Rakyat RM879,000.00 (2009), RM913,200.00 (2010), RM900,000.00 (2011) dan RM900,000.00 (2012).

Yang paling mendukacitakan katanya ialah peruntukan tambahan tahunan untuk sekolah rendah Rakyat (SAR) kosong di zaman BN, manakala di zaman DAP atau Pakatan Rakyat lebih RM4 juta.


Begitu juga degan sumbangan dan pengikhtirafan al Hafiz, ehya ramadhan dan program bulanan al Quran tidak pernah wujud dan ada peruntukan di zaman BN tetapi kini diwujudkan dan diberikan peruntukan di zaman DAP.

Fakta yang ada dihadapan kita tidak boleh disembunyikan begitu saja dan rakyat sudah celik maklumat. Kerana itu katanya, baginya Umno kini sudah kehilangan kompas untuk mencari arah dan jalan bagaimana untuk kekalkan kuasa.

"Tidak perlu hairan tuan-tuan kalau Allah hendak tarik kuasa dari sesuatu puak dan kumpulan itu ia akan berlaku dengan sendiri, salah satu caranya ialah mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan diri mereka sendiri," katanya sambil menekannya apa dilakukan Umno kini adalah menjelaskan mereka akan kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum nanti.

Majlis malam tadi adalah anjuran bersama NGO Pahlawan bagi membantu calon Pakatan Rakyat bagi parlimen Setiawangsa dalam piliha raya umum nanti. Dalam pada itu adalah elok kalau PKR yang diperuntukan kerusi berkenaan tidak lagi mencalonkan bekas calon sebelum ini Ibrahim Yaacob kerana kurang wibawa dan tidak mesra rakyat.

Ada juga yang berpandangan kerusi Parlimen patut diserahkan kepada PAS kerana PAS mempunyai calon berwibawa untuk diletakkan di situ.

MSO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.