Cerita-cerita
mengenai raja-raja Melayu bukanlah sesuatu yang baru.Ini kerana titik
sejarah kesultanan Melayu itu sendiri bermula kira-kira 500 tahun yang
lalu iaitu sebaik sahaja Parameswara menabalkan dirinya menjadi Sultan
Melaka.
Hari ini, siapapun tidak terfikir, bahawa negeri yang pernah
melahirkan tradisi kesultanan di bumi, Melaka cuma Yang DiPertua Negeri
saja, seorang rakyat biasa yang lima tahun sekali ditukar tapi tetap
mempunyai taraf raja.
Namun itulah laluan sejarah yang bagaikan sebatang jalan yang tidak pernah ditempuhi: kita tidak tahu apakah ranjau-ranjau disebalik selekoh-selekoh yang bakal dilalui. Yang jelas apa saja yang bersifat baru akan binasa. Ada lawannya tak ada.
Tapi biar
bagaimanapun kisah Raja-raja Melayu di sepanjang zaman ditandai dengan
peristiwa-peristiwa suka dan duka.Ada juga yang lucu, mengasyik dan lagi
menyeronokkan.
Cerita-cerita begini biasanya berkisar pada perihal
Raja-raja dengan para gundek serta dayang-dayang mereka atau perihal
raja yang jatuh cinta dengan anak-anak wayang, primadona-primadona,
perempuan-perempuan kaberet dan pelajar-pelajar maktab.Maka dengan itu
jadilah cerita mengenai tiga jenis kerabat.
Satu, kerabat yang benar-benar dari kalangan raja-raja: namanya kerabat diraja.
Kedua, wanita
dan gadis-gadis dari kalangan rakyat biasa yang dikerabatkan ke dalam
kerabat diraja oleh raja-raja ataupun anak lelaki mereka.sebagai
contoh proses pengkerabatan ini, ramai anak-anak wayang dan penyanyi
yang menjadi isteri raja-raja dan anak-anak mereka. yang ketiga, ialah
mereka yang mengkerabati puteri-puteri raja.
Mereka bukan para
Tunku-Tunku tapi rakyat biasa yang berjaya memperisterikan puteri-puteri
raja.Contoh-contohnya tak payahlah saya sebut, kerana P. Ramlee pun sudah merakamkan lagu tersebut semasa hayatnya.
Kemudian selain dari itu tidak kurang juga cerita-cerita mengenai kezaliman, kemungkaran, kejahatan dan kedurjanaan raja-raja.Cerita-cerita seperti ini mendapat tempat di hati sarjana-sarjana sejarah samada dari luar negeri atau dalam negeri yang kemudian merakam peristiwa-peristiwa itu menurut versi masing-masing di dalam buku-buku mereka.
Meskipun begitu kisah-kisah sejarah yang dibukukan itu hanya terbatas kepada kisah raja-raja yang hidup di zaman dulu, di zaman Tanah Melayu belum mempunyai Perlembagaan yang menyeragamkan keistimewaan raja-raja. Waktu itu surat khabar pun belum ada.
Oleh itu kebanyakan cerita-cerita itu
disampaikan dari semulut ke semulut dan diturunkan dari generasi ke satu
generasi.
Hari ini
keadaan sudah banyak berubah.Raja-raja Melayu di bawah Perlembagaan
sudah jadi sekumpulan manusia yang berada di atas undang-undang,
manusia-manusia yang ‘immuned’ terhadap undang-undang.
Akhbar-akhbar
pun sudah banyak.Dan rata-rata akhbar-akhbar ini melaporkan hal-hal
yang baik sahaja tentang raja-raja.Kalau ada cerita yang tak baik, para
wartawan akhbar-akhbar itu terpaksa kembali membuat laporan seperti di
zaman primitif dulu, iaitu laporan dari mulut ke mulut.Mereka
tidak berani menulis berita-berita itu di dalam akhbar masing-masing,
melainkan Tunku Abdul Rahman.

Sikap kurang jujur seperti inilah yang mungkin telah mendorong orang-orang Melayu menganggap raja-raja mereka sebagai manusia luar biasa kerana tidak ada satu kerjapun yang dilakukan oleh raja-raja sekelian yang dianggap tidak betul.Raja-raja dianggap macam malaikat.
Perihal
adanya raja-raja, anak-anak raja, menantu raja, besan raja, biras dan
sebagainya yang minum arak, kaki betina, kaki judi, kaki disko, yang
perangai macam kaki busuk dan bermacam-macam kaki tidak pernah mendapat
ruang di dalam akhbar-akhbar.Macam mana Raja nak tahu salah silap dan
kerabat mereka?
Kalau
setakat nak bercerita memang banyak yang boleh dijadikan cerita. Saya
sendiripun bukan tak biasa bercampur gaul dan bertempuk-tampar dengan
golongan ini.
Dulu
sewaktu pejabat saya masih di Medan Tuanku, saya biasa terserempak
dengan mereka yang minum-minum sambil berhibur di Pub Brass Grill yang
terletak berhampiran dengan pejabat saya itu.waktu itu ada raja, ada
menantu raja dan ramai kerabat-kerabat raja yang minum di situ.
Diwaktu
kemuncak orang-orang Melayu masih lagi menjadikan minum-minum arak ini
sebagai satu cara untuk relaks dan menenangkan fikiran, Pub Brass Grill
dan lain-lain pub milik orang Melayu di kawasan Medan Tuanku adalah
diantara tempat yang menajdi tumpuan keluarga diraja dan sahabat handai
mereka.
Alhamdulillah,
di zaman kebangkitan semula Islam ini, tidak ada satupun lagi pub-pub
serupa itu di kawasan ini.Begitu juga dengan kelab-kelab malam seperti Greenmaids, Tropikana dan lain-lain kelab malam milik orang Melayu, kalau muncul pun umurnya tak panjang.Berniaga benda-benda haram ini tak berkat.
Dalam
banyak-banyak cerita itu, tersebutlah sebuah kisah bagaimana kononnya
seorang Sultan telah mangkat ketika sedang minum-minum.
Disebabkan
adanya orang politik yang memusuhi Sultan tersebut,maka cerita yang tak
betul itupun disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Cerita sebenarnya,
mengenai Sultan ke Mekah dan bertaubat tidak pula disebutkan.
Namun
biar bagaimanapun, seorang wartawan senior, yang kebetulan telah
diamanahkan oleh Almarhum menulis cerita baginda telah menulis tentang
apa yang sebenarnya berlaku mengikut ceritanya.
Saya
berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang
kebenaran yang hak.Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan
beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.
Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.
Kekuasaan
dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan
segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat
menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.
Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.
“Saya tau
saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang
alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.
“Allahu
Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya
Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat
semuanya,” titah Sultan lagi.
“Saya
syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya
menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,”
tambahnya.
Demikian
suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana
Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru
kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.
Saya
dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang
dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar
terasa sedih dan pilu dalam diri saya.
Ketika
saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam,
seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu
saya dalam bilik di tingkat atas.
“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.
“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.
Sebaik
baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai
istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam
hati saya.
“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.
Sebagai
penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke
dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana
Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik
saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi
salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku
yang dah nak mati ni pun tak ingat.”
“…Tuanku
belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan
dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.
“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.
Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah,
minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena
keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas
kosong kepada saya.
Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.
“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.
“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.
Saya
sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh
Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal
itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada
yang menghafal ayat tersebut.
“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.
“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.
“Aku
lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku
banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah
Al-Quran kepada saya.
“Allah
tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku
sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan
kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.
“…tapi
aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana
insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.
“Tuanku
usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku
jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil
senyum.
“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.
Dalam
pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak
diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana
supaya melarang orang masuk ke biliknya.
Di
tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang
minum-minum dan menari kata mereka bersyukur keranaSultan telah kembali
ke tanahair.
Baginda
bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya
digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya
menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya
akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.
“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.
Mendengar
soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata,
“…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta
kali ganda dari hangat api yang ada ini.”
“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.
“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.
“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.
“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.
“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.
Sesuai
dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya
minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu
ada sehelai sejadah.
Baginda
bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda
tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di
dalam Masjidil Haram.
Saya
tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan
menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan
Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh
mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.
Baginda
tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya
kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda
supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.
Lalu
saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah
insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang
Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan
yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.
“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.
Saya
hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah
baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai
Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.
Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.
Sayang
apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada
saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri
Perak mengetahuinya.
Waktu
saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan
bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa
tulis yang kita cakap tu.”
Beberapa
hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China
dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.
Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.
Oleh
sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka
air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman
keras juga.
Baginda
meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut.saya mendapat tahu
sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar
dengan isteri yang ke dua.
Sultan
Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi
oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar,
Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap
baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana
banyak minum minuman keras.
Marilah
kita semua menghadiahkan ‘Al-Fatihah’ ke atas roh baginda dan mendoakan
semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan kita mohon kepada Allah agar
meletakkan rohnya bersama orang-orang yang soleh.Amin Ya Rabbul Alamin.
Malaysians Must Know The Truth.
















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.