SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan
perbincangan kali ketiga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi
memperincikan kaedah penyiaran manifesto parti-parti politik yang akan
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penyiaran manifesto membabitkan semua parti, yang julung kali diadakan menerusi radio dan televisyen, akan menjadi catatan sejarah pilihan raya negara ini.
Justeru beliau berkata, SPR akan mengambil langkah seterusnya berbincang dengan RTM tentang kaedah terbaik untuk menguruskan proses penyiaran manifesto tersebut.
"Sebelum ini pun kita sudah bincang tapi ini kali ketiga sebelum keputusan dibuat dan diumumkan kepada media kelak.
"Perbincangan kali ketiga ini adalah untuk memperincikan kaedah pengurusan yang tepat bagi penyiaran manifesto semua apti politik itu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan RTM bersama SPR telah menetapkan kaedah bagi penyiaran manifesto oleh semua parti politik.
Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing di RTM hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kaedah rakaman, tetapi SPR bertegas meneruskannya dengan kaedah yang telah dipersetujui sebelum ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, penyiaran manifesto semua parti politik akan diadakan pada tempoh kempen pilihan raya.
Wan Ahmad berkata, perkara itu satu langkah yang bertujuan mentransformasikan sistem politik dan amalan proses demokrasi di Malaysia.
"Ini proses demokrasi dan transformasi politik negara, diharap tidak ada pihak yang akan pertikaikannya," katanya lagi.
-sinarharian.com
Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.