Najib
sekarang diam membisu. Segala tuduhan terhadap beliau dan isterinya
tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau terus mendiamkan diri.
Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi dan beliau
nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku yang
berkait dengan beliau..
Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran
rakyat yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku
setebal dua puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai.
Semuanya berhubung kait dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang
diperkatakan oleh Deepak membabitkan Altantuya dengan akuan bersumpah
satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.
Isu
Deepak tidak berhenti setakat itu. Ia terus melebar dan sampai pula
membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan Kementah, syarikat Deepak dan
syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang berkaitan dengannya.
Musa
Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa ‘pembongkaran’ dan
UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu ini dengan
debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan
seperi telur di hujung tanduk.
UMNO
terpaksa mengalihkan pandangan ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji
Hadi yang berusia 32 tahun itu. Nampaknya persepsi buruk rakyat
terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak akan membuatkan BN sebagai
pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara.
Sehari dua ini Najib
agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti dengan isteri
beliau mengikut sumber yang boleh di percayai.
Di
mana beliau bercuti tidak pula saya tahu. Tetapi bercuti itu penting
kerana dengan berehat Najib akan dapat merehatkan otak beliau yang
terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang sekali gus telah
merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri.
Najib terus membisu dan
dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan
Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini
dilindungi dari pengetahuan ramai.
Nampaknya
Muhyiddin sedang melakukan segala-galanya dan ini mungkin menandakan
apa yang dirancang oleh Dr Mahathir Mohamad untuk Najib menjadi PM buat
sementara itu semakin hari semakin kelihatan kebenarannya.
Betullah apa
yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu Najib hanyalah di letakkan
sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO itu akan menjadikan
Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup sebagai pemimpin
utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar.
Penggal Najib
menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat
menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.
Saya
selalu berkata semasa dalam parti itu dulu, sokongan yang di dapati
oleh seorang tokoh utama negara itu bukannya sokongan yang ‘legitimate’.
Ia hanyalah sokongan politik sementara. Mahathir pernah berkata, “there
is no permanent friend and enemy in politics’. Nampaknya Najib hanya
lah menjadi jambatan sementara sahaja.
Najib berguna kepada setengah
pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku untuk
menusuk tengkok beliau (Najib) sahaja..
Masalah
yang di hadapi oleh Najib sekarang ini di pergunakan oleh lawannya di
dalam parti sendiri sebagai isu yang begitu selesa untuk menjatuhnya.
Sekarang Najib kesaorangan. Kita tidak tahu siapa yang memerintah
sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlah yang sedang memerintah
negara sekarang ini. Ini lah kehendak Mahathir sebenarnya.
Itulah
sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak
membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak
Lah) menjadi PM.
Saya
ulangi yang saya pernah menulis dua tiga kali dalam blog ini yang musuh
Najib bukannya parti pembangkang tetapi mereka yang berada di dalam
UMNO itu sendiri.
Musuhnya di dalam UMNO itu lebih susah untuk beliau
kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling beliau (Najib)
sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih
merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan.
Sekarang ini
harimau itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai
ilmu mempertahankan diri yang kuat.
Walaupun harimau yang merancang
untuk melakukan penerkaman itu sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak
membuat persediaan yang berhati-hati maka Najib akan jatuh tersembam di
hadapan mereka ini.
Permainan
di dalam UMNO sekarang ini bertambah ‘interesting’ dan kita akan
melihat keadaan ini akan semakin hari semakin serius. Inilah akibatnya
jika kita memelihara harimau walaupun harimau itu harimau tua.
Najib
terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan membiarkan rakan dan
taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau anggap sebagai
musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.
Tidak
salah jika saya katakan yang UMNO akan mati sekali lagi walaupun
caranya agak berlainan dari cara ia mati pada tahun 1988 dahulu.
Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia jatuh kali ini
UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.
Bagi
Pakatan Rakyat pula janganlah jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO
jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi orang Melayu samada yang berada di
dalam UMNO atau di luar parti itu, bersatulah.
Jika tidak mahu
menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat masa ini kerjasama di
antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.
Jangan
pula menjadi UMNO dan BN apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan
kecewa tidak terhingga jika berlaku perkara yang sama apabila mendapat
mandat nanti.
Satu
perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah
berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan berbohong seperti pemimpin UMNO.
Lidah jangan bercabang macam lidah biawak..
Jangan bertindak
berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan. Kalau
marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang
menjadikannya.
Pemimpin-pemimpin
yang bakal di beri mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan
rasuah terutamanya kerana rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan
jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang
melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima
hukuman dari rakyat.
Harap
semua faham dan bacalah perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat
keputusan dengan baik elemen yang sangat perlu ialah kebersihan jiwa
kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi elemen kotor tidak mungkin kita
akan bertindak dengan baik serta jujur.
Aspan Alias
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.