Followers

Tuesday, January 1, 2013

Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?

 
Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu?
Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut?


Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi?

Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial.

Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak.

Dalam hal ini, Najib atau Zahid mesti bersuara dan memberitahu ketelusan urusniaga tersebut. Sebagai Perdana Menteri, Najib juga mesti meyakinkan rakyat tentang makna ketelusan yang sekalu disebutnya, era kerajaan betul segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai slogan yang molek-molek yang selalu disebutnya untuk menarik perhatian rakyat sebelum ini.

Tiada guna sebenarnya Najib bercakap berbunga-bunga dan melontarkan slogan yang indah-indah setiap kali berucap di hadapan rakyat jika perbuatan beliau kerapkali bertentangan dengan apa yang diucapkannya.

Di sebalik pelbagai pendedahan Deepak mengenai Najib dan Rosmah mengenai urusniaga tanah yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeah Raja Abdullah sebelum ini, tiba-tiba diketahui umum bahawa Boustead telah membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh Deepak sebanyak RM30 juta iaitu RM13 juta untuk Raja Ropeah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta sebagai kos perniagaan dan RM2 juta untuk belanja guaman.

Deepak kemudiannya memberitahu beliau diberi kata dua dan dipaksa menjual syarikatnya itu.

Melalui pembelian secara paksa itu dan kemudian Deepak juga kemuungkinan dipaksa menggugurkan tindakan mahkamahnya, apa yang jelas ialah bahawa segala apa yang didedahkan oleh Deepak sebelum ini mempunyai asas kebenarannya. 


Walaupun Najib dan Rosmah yang dikaitkan dalam pelbagai pendedahan Deepak hanya berdiam diri, tetapi wujudnya usaha penyelesaian dengan menggunakan LTAT, sebuah tabung kewangan untuk askar pencen dan anak syarikatnya Boustead, untuk menutup segala tembelang yang didedahkan Deepak, turut memperlihatkan usaha terdesak Najib ke arah itu.

Dengan isu yang ditumbulkan Deepak ini terus hangat menjadi bualan dan LTAT serta Boustead turut diserang untuk mendedahkan butiran dokumen urusniaga tersebut, tidak dapat tidak, yang paling wajar bersuara merungkaikan persoalan ini ialah Zahid Hamidi dan Najib sendiri.

Jika Zahid sebagai Menteri Pertahanan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap LTAT dan Boustead tidak berani bersuara dalam hal ini, ia menunjukkan ada yang tidak kena serta sesuatu cuba disembunyikan dalam urusniaga yang dilihat lebih untuk menyelamatkan masa depan politik Najib dalam pilihanraya umum akan datang.


Dan jika Najib selaku pihak yang dituduh secara langsung oleh Deepak dan sebagai Perdana Menteri yang boleh memberi arahan kepada Zahid atau kepada LTAT, juga berani bersuara, maka terbukti bahawa beliau yang merupakan "dalamg besar" di sebalik urusniaga yang mencurigakan itu.

Jika dalam ucapan tahun baru 2013 yang disiarkan secara meluas malam tadi, Najib sekali lagi menggunakan kesempatan itu itu untuk merayu rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan dan memberi sokongan kepadanya mengemudi negara, tetapi jika persoalan mengenai urusniaga meragukan yang melibatkan LTAT ini tidak dapat dijawab bermakna tahun 2013 ini akan terus disemarakkan dengan angin perubahan yang lebih kuat lagi.

Jika wang pencen askar pun sanggup dipergunakan untuk menyelamatkan diri, isteri dan kroni, terus memberi kuasa kepada Najib hanya memungkinkan lebih banyak skandal akan berlaku selepas ini. Inilah antara ketakutan rakyat.

Zahid Hamidi pula, jika terus membisu seribu bahawa, hanya mengesahkan cakap-cakap yang banyak kedengaran sebelum ini bahawa keputusan meletakkannya sebagai Menteri Pertahanan tidak lebih hanya untuk menutup "pekung-pekung" Najib yang mungkin terdedah sepanjang beliau mengemudi kementerian itu sebelum ini.

Untuk menafikan semua itu dan menjadikan permulaan tahun baru 2013 kelihatan manis, ceria dan penuh makna, Zahid Hamidi atau Najib dan lebih baik jika kedua-duanya sekali, dapat segera bersuara menjelaskan kepada rakyat mengenai urusniaga ini. - (SH 01/01/2013)



 Posted By Jeebond

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.