SANG SAKA RAKYAT BENDERA MALAYSIA YANG BARU
Bersempena dengan malam Tahun Baru
tengah malam ini. Kami mewakili seluruh Anak Muda menuntut kepada pihak
yang bertanggungjawab agar menulis sejarah dengan telus dan mengiktiraf
pejuang-pejuang gerakan kiri sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Di
kesempatan ini juga kami menegaskan sekali lagi, bahawa kami tidak
mewakili mana-mana pertubuhan mahupun parti politik.
Kami Anak Muda
hanya ingin pejuang kemerdekaan sebenar diiktiraf dan dihargai
pengorbanan mereka dan bendera yang kami kibarkan hari ini adalah
simbolik kepada perjuangan mereka.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938
adalah gerakan terawal menentang British.
Di sinilah bibit-bibit
penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan
untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti
kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik
Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.
Matlamat utama
penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu
dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.
Parti ini dipelopori
oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai
oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh
Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian
apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin
Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang
kedua.
Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan
kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang
ketiga.
Perjuangan PKMM adalah jelas pada waktu itu adalah bertujuan
ingin membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British dengan
slogan perjuangan Mereka ketika itu “Merdeka” dan perjuangan UMNO ketika
Itu dengan Slogan Hidup Melayu.
Selepas
tamat Perang dunia ke-2, British kembali ke Tanah Melayu selepas
tentera Jepun mengaku kalah dalam peperangan tersebut. perkara ini
menyaksikan panji "Union Jack" kembali dikibarkan di Tanah Melayu. Ini
bermakna Tanah Melayu kembali menjadi Tanah Jajahan British.
Sumber
ekonomi seperti Getah, Bijih Timah kembali menjadi alternatif untuk
menyelamatkan ekonomi British pada ketika itu. selepas perang Dunia ke-2
Tanah melayu menjadi wilayah bebas dan tidak terikat dengan
undang-undang kolonial pada ketika itu.
Pada ketika itu juga muncul
sebilangan anak muda dan kesatuan yang mahukan perubahan hasil dari
semangat perjuangan Tokoh-tokoh dari Indonesia seperti, Soekarno, Bung
Tomo dan Tan Melaka.
Muncul juga beberapa pertubuhan seperti Malayan
Democratic Union (MDU), Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)dan
Parti Kebangsaan Melyu malaya (PKMM) yang membela nasib rakyat ketika
itu.
Perkara ini mengusarkan penjajah British, Lalu British mengagaskan
Malayan Union pada 1 April 1946.
Namun Malayan Union mendapat tentangan
hebat pada ketika itu dari rakyat ditanah Melayu. Beberapa faktor yang
membawa penentangan kepada Malayan Union adalah kerana Raja Melayu bakal
kehilangan takhta dan kewarganegaraan Jus Soli kepada imigran asing.
Oleh sebab itu, British membuat rundingan bersama Garbenor Malayan
Union, Raja Melayu dan UMNO untuk mengagaskan pula Perlembagaan
Persekutuan yang terus membantu British untuk mencengkam Tanah Melayu
dibawah Tanah Jajahanya.
Raja Melayu dan Umno ketika itu menyokong
Perlembagaan Persekutuan demi menyelamatkan kedudukan mereka supaya
terus berkuasa ditakhta selain slogan perjuangan umno ketika itu "Hidup
Melayu" dan bukan bermotif kemerdekaan.
Perkara
ini telah menimbulkan kemarahan Pejuang Kiri ketika itu yang ingin
melihat Tanah Melayu Bebas dari kuasa asing dan membantah perlembagaan
persekutuan.
Perkara ini menyebabkan pertubuhan-pertubuhan kiri
bergabung dibawah All-Malaya council of Join Action (AMCJA). dan
pertubuhan kiri paling berpengaruh PKMM membuat gabungan sendiri bersama
sayapnya iaitu API, AWAS dan GERAM dibawah gabungan Pusat Tenaga
Ra'ayat (PUTERA).
Akhirnya dua gabungan ini menjadi satu selepas menilai
motif perjuangan yang sama iaitu membubar Perlembagaan Persekutuan dan
menuntut kemerdekaan Malaya. gabungan ini digabungkan dengan nama
PUTERA-AMCJA.
Setelah
PUTERA-AMCJA sedar mereka perlu membuat sesuatu untuk menidakkan agenda
British ini, satu rundingan telah diadakan antara pertubuhan dibawah
AMCJA-PUTERA.
Pertubuhan yang hadir adalah,PKMM, PMFTU, API, AWAS,
BATAS, MIC, MNDYL, GERAM, MPAJ-ESCU, 12- STAE WOMEN'S FEDERATION, MDU
(sebagai general secretary) dan Tan Cheng Lock dan Ishak Hj Mohamad (Pak
Sako) sebagai pengerusi.
Dalam perbincangan ini, semua gabungan sepakat
untuk menubuhkan Perlembagaan Rakyat sebagai mekanisme untuk menentang
perlembagaan Persekutuan.
Dalam
Perlembagaan Rakyat Singapura termasuk dalam persekutuan, tidak dalam
perlembagaan persekutuan milik British.
Kewarganegaraan dengan rupa
bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India adalah sebangsa.
kewarganegaraan bagi semua rakyat malaya berbanding warganegara ketat
bagi bukan Melayu dalam perlembgaan persekutuan .
Hak mengundi 18 Tahun
Keatas dalam perlembgaan rakyat manakala tiada pilihanraya dalam
perlembagaan persekutuan. Hak Politik Samarata dalam perlembagaan
Rakyat, tiada Hak politik dan Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Kaum-Kaum
untuk menapis diskriminasi dalam perlembagaan rakyat manakala tiada
badan penapis diskriminasi dalam perlembagaan persekutuan. Malaya negara
Baru dalam perlembagaan rakyat, dalam perlembagaan persekutuan Malaya
kekal koloni British.
Malaya kearah negara sendiri dan merdeka dalam
perlembgaan Rakyat manakala perlembagaan persekutuan hanya meletakkan
Malaya dibawah naungan British.
Perlembgaan rakyat telah dicipta pada
10 Ogos 1947 manakala Perlembagaan Persekutuan dicipta oleh British,
UMNO dan Raja-raja Melayu pada 19 Disember 1946.
Oleh itu, British menubuhkan semula "Societies
Ordinance" menyekat kebebasan berpersatuan dan "Registrar of societies"
bertindak menolak pendaftaran pertubuhan. Namun perkara ini sedikitpun
tidak melemahkan perjuangan AMCJA-PUTERA.
Walaupun pada mulanya perkara dalam
perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua
bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan kaum lain yang
berpendidikan namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan.
Rapat umum, Risalah terus diedarkan kepada rakyat untuk memperkenalkan
perlembagaan Rakyat. Perkara ini mendapat sambutan hangat rakyat yang
ingin melihat kemerdekaan 100%.
Perjuangan merealisaikan perlembagaan
Rakyat semakin giat dengan PUTERA-AMCJA bercadang untuk mengadakan bakal
Hari Hartal pada 20 OKtober 1947 dari jam 6 pagi sehingga 12malam .
media cetak ketika itu memainkan peranan dalam menyampaikan manifesto
hartal kepada rakyat.
Hartal adalah mogok rakyat berhenti dari membuat
sebrang aktiviti harian rakyat sepanjang Hari Hartal. pada 16 Oktober
wakil PUTERA-AMCJA di London, Lim Hong Bee menghantar perlembagaan
Rakyat kepada ahli Parlimen British.
Tanggal
20 Oktober 1947, Hartal berlangsung dengan jayanya. ketika itu
dikatakan seluruh Malaya lumpuh tanpa sebrang kegiatan harian atau
kegiatan ekonomi. Hartal mendapat sokongan seluruh Rakyat ketika itu.
Rakyat terus menolak perlembagaan Persekutuan dan mengangkat
Perlembagaan Rakyat. Namun perintah darurat dikeluarkan British pada 18
Jun 1948 atas alasan membanteras komunis. 29,857 orang ditahan dan
10,000 orang daripada jumlah itu adalah orang Melayu. Lihatlah betapa
manis perjuangan ini.
Sayangnya saya tidak pernah terbaca dalam
mana-mana buku teks akan cerita ini. Ayuh terus kita raikan tanggal 20
Oktober ini akan tarikh keramat yang memperlihatkan rakyat bangkit,
semua rakyat bersatu menentang penjajah.
Perjuangan
PKMM dan PUTERA-AMCJA sangat sinonim akan Bendera Sang Saka Merah Putih
atau dikenali juga dengan nama bendera rakyat.
Di Tanah Melayu Sang
saka Merah Putih telah menjadi lambang kemegahan kerajaan melayu Melaka
dengan menjadikan panji itu sebagai simbol kerajaan.
Namun selepas
kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1511, kerajaan kepulauan Indonesia
pula menjadikan Sang saka Merah Putih sebagai simbol.
Pada abad ke-17 kerajaan majapahit
telah menggunakan warna merah putih sebagai lambang kerajaan mereka.
Selepas lenyap kerajaan Majapahit, kerajaan mataram turut menggunakan
motif panji yang sama.
Pada
Jun 1947, PKMM telah mengisytiharkan Sang Saka Merah putih sebagai
lambang perjuangan mereka seperti dilaporkan majalah kenchana pada tahun
tersebut.
Namun pada 10 Disember tahun yang sama PKMM bersama dalam
komponen PUTERA-AMCJA telah mengisytiharkan Bendera Rakyat atau Bendera
Sang saka Merah Putih dengan 12 bintang berwarna kuning sebagai bendera
perjuangan mereka.
12 bintang pada bendera tersebut
melambangkan 9 negeri Melayu dan 3 negeri selat di Tanah Melayu.
Manakala warna kuning pada bintang melambangkan keadilan dan kedaulatan
rakyat, perlembagaan rakyat yang diiktiraf dan membayangkan semua
negeri dalam keadaan aman dan makmur.
Bintang
berbucu lima pada bendera pula melambangkan ketuhanan, kedaulatan
rakyat, keadilan sosial, kebajikan, dan kebangsaan.
Warna merah pada
bendera melambangkan keberanian dan kuasa rakyat untuk menentang
imperialis penjajahan dan diskriminasi kaum agar tertegak keadilan dan
demokrasi di Malaya.
Warna
Putih pada bendera pula melambangkan perjuangan yang didasarkan kepada
kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan dengan cita-cita yang
satu iaitu kemerdekaan sendiri dengan berpaksi rakyat.
Setelah mengamati perjuangan KMM hingga
tertubuhnya PUTERA-AMCJA, kami melihat mereka adalah pejuang sejati
kemerdekaan.
Oleh itu, kami barisan Anak Muda berharap agar semua pihak
membuka mata akan sejarah ini dan mengiktiraf perjuangan mereka.
Pengibaran Bendera Rakyat pada Malam ini adalah simbol Anak Muda
mengiktiraf perjuangan PUTERA-AMCJA dengan berharap pihak
bertanggungjawab menilai sendiri akan perjuangan yang jelas menentang
kuasa Imperialis dan menuntut kemerdekaan tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.