KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta
rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini
kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan
berlangsung.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan
itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti.
Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan
pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi
(OCPD) Zainuddin Ahmad.
"Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya.
Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain
rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi.
"Syarat ini katanya, antara 27 syarat
yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan
membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis
membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati
sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang
Wangi.
Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO.
- Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.
- Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.
- Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.
- KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman
- Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.