KUALA LUMPUR 18 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) menawarkan lima peratus
wang caruman tambahan kepada anggota tentera melalui Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT).
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang itu akan dicarum menerusi tabung khas pencen LTAT.
“Atas keprihatinan melihat keutamaan kebajikan bekas anggota tentera,
Pakatan menawarkan untuk menambah lima peratus caruman kerajaan ke dalam
tabung pencen tentera.
“Sekarang anggota tentera dapat 15 peratus. Kalau Pakatan Rakyat menang,
kita akan tambah lima peratus. Bermakna sebulan 20 peratus dari jumlah
gajinya dicarum dalam LTAT,” kata Rafizi.
“Lima peratus ini akan kita gunakan
untuk dilaburkan dalam tabung khas dalam LTAT.
Keuntungan ini kita akan
beri sebagai imbuhan kepada mereka yang tidak mempunyai pencen dan
belum diselaraskan,” jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena
Ceramah Jelajah Penyelewengan LTAT di PPR Bandar Tasek Selatan, Sungai
Besi malam tadi.
Rafizi berkata, beliau akan ke Wisma Boustead Holding Berhad semula
minggu depan, kali ini sebagai pemegang saham yang membolehkannya akses
kepada dokumen urusniaga LTAT.
“Kita akan ke Wisma Boustead minggu depan. Kali ini saya pemegang saham Boustead dan akan semak satu persatu,” katanya.
“Orang
selalu tanya kenapa saya beria-ia nak pertahankan (bekas tentera)? Ya,
dulu memang kita tak pernah tanya tentang hal ehwal tentera.
“Isu ini timbul sebab Menteri Pertahanan gelojoh ‘gunakan’ Kementerian
Pertahanan. Dengan pendedahan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan,
soal wang bekas anggota ATM diguna untuk membayar pihak tertentu, maka
ada asas penglibatan,” tambahnya.
“Wang RM130 juta yang digunakan untuk membayar (Datuk) Raja Ropiaah (Raja Abdullah) dan RM30 juta kepada Deepak ini sama seperti kita gunakan wang caruman anggota tentera untuk membeli cincin Rosmah (Mansor),” katanya.
“Kita tahu kepayahan bekas anggota. Ada yang 18 tahun, 21 tahun
berkhidmat. Ada yang nak minta permit teksi tak dapat. Ada pula yang
minta permit berniaga, pun tak dapat. Kena kerja sampai umur 65 tahun.
Tapi, Umno BN atas nama Melayu ambil tanah dan wang kemudian
diali-babakan,” sambung beliau.
“Umno BN juga sering gunakan imej tentera, kononnya jika berlaku
perubahan dalam negara, akan berlaku pertumpahan darah. Ini mesej
psikologi yang cukup besar,” tegasnya.
“Sedangkan kini ramai bekas tentera dan polis bersama Pakatan Rakyat.
Setiap hari ada sahaja Jeneral yang hubungi kita (KEADILAN),” jelas
Rafizi lagi.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.