Followers

Wednesday, January 30, 2013

PEMANTAU CARI 40,000 SUKARELAWAN DIREKRUT LAWAN TIPU PRU13

Dato' Tarmizi Mohd Jam's photo.
PEMANTAU CARI 40,000 SUKARELAWAN DIREKRUT LAWAN TIPU PRU13 

Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) sedang giat memobilisasikan sukarelawan di seluruh negara sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan apa sahaja bentuk penipuan dalam PRU-13 nanti. Badan pengawasan pilihanraya itu yang dianggotai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih); Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) dan Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) telah dilancarkan pada 8 Januari lalu.

Jurucakapnya, Hishamuddin Rais berkata, Pemantau bertujuan melawan penipuan undi dengan memerhati setiap gerak perjalanan PRU-13 bermula tempoh berkempen dan hari membuang undi serta memantau media.

Tegasnya, sasaran awal merekrut sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan untuk membuat tugas tersebut dan tidak mustahil boleh cecah sehingga 40,000 orang jika rakyat bangkit mahukan pilihanraya bersih.

Hishamuddin turut menyelar amaran Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar kepada Pemantau selepas dua hari dilancarkan supaya tidak menganggu proses PRU-13.

"Sebenarnya rakyat yang sudah beri amaran kepada Wan Ahmad bukannya SPR bagi amaran. Kalau tipu pilihanraya, rakyat akan keluar ke jalan raya!" bidas beliau kepada Harakah.

Dalam masa sama, menyentuh beberapa panduan SPR kepada enam Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik menjadi pemerhati pada PRU-13, Hishamuddin menyifatkan segala panduan itu tidak lebih hanya menyekat dan jadikan barisan pemerhati itu tukang angguk sahaja.

"Itulah sebabnya Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menolak pelawaan SPR sebagai pemerhati bertauliah. 

"Mereka juga tidak setuju dengan pelbagai kongkongan seperti tidak boleh ambil foto jika wujud salah laku dan sebagainya," ujar beliau.

Selain larangan tersebut, pemerhati juga ditegah melihat proses mengira undi; bercakap dengan agen parti dan staf pusat undi; bercakap kepada media serta dilarang mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.

Pelantikan pemerhati tempatan selain pemerhati luar bagi SPR, adalah inisiatif kali pertama suruhanjaya itu dalam PRU-13 nanti. 

Enam NGO tersebut ialah Majlis Belia Malaysia (MBM); Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS); Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham); Merdeka Centre dan Transparency International dan Centre for Public Policy (CPPS)

Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) sedang giat memobilisasikan sukarelawan di seluruh negara sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan apa sahaja bentuk penipuan dalam PRU-13 nanti. 
 
Badan pengawasan pilihanraya itu yang dianggotai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih); Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) dan Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) telah dilancarkan pada 8 Januari lalu.

Jurucakapnya, Hishamuddin Rais berkata, Pemantau bertujuan melawan penipuan undi dengan memerhati setiap gerak perjalanan PRU-13 bermula tempoh berkempen dan hari membuang undi serta memantau media.

Tegasnya, sasaran awal merekrut sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan untuk membuat tugas tersebut dan tidak mustahil boleh cecah sehingga 40,000 orang jika rakyat bangkit mahukan pilihanraya bersih.

Hishamuddin turut menyelar amaran Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar kepada Pemantau selepas dua hari dilancarkan supaya tidak menganggu proses PRU-13.

"Sebenarnya rakyat yang sudah beri amaran kepada Wan Ahmad bukannya SPR bagi amaran. Kalau tipu pilihanraya, rakyat akan keluar ke jalan raya!" bidas beliau kepada Harakah.

Dalam masa sama, menyentuh beberapa panduan SPR kepada enam Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik menjadi pemerhati pada PRU-13, Hishamuddin menyifatkan segala panduan itu tidak lebih hanya menyekat dan jadikan barisan pemerhati itu tukang angguk sahaja.

"Itulah sebabnya Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) menolak pelawaan SPR sebagai pemerhati bertauliah.

"Mereka juga tidak setuju dengan pelbagai kongkongan seperti tidak boleh ambil foto jika wujud salah laku dan sebagainya," ujar beliau.

Selain larangan tersebut, pemerhati juga ditegah melihat proses mengira undi; bercakap dengan agen parti dan staf pusat undi; bercakap kepada media serta dilarang mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.

Pelantikan pemerhati tempatan selain pemerhati luar bagi SPR, adalah inisiatif kali pertama suruhanjaya itu dalam PRU-13 nanti.

Enam NGO tersebut ialah Majlis Belia Malaysia (MBM); Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS); Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham); Merdeka Centre dan Transparency International dan Centre for Public Policy (CPPS)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.