Pelakon dan selebriti terkenal, Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu ini.
Menurutnya, beliau akan berada di Kuala Lumpur bermula esok sebagai persiapan untuk menyertai himpunan raksasa itu.
“Teruja sangat, rasa macam nak raikan sesuatu. Tak pernah saya rasa
seperti ini. Masa Bersih 1.0, 2.0, 3.0 saya terlepas. Kali ini saya akan
rasakan sendiri pengalaman berhimpun bersama rakyat.
“Masa Bersih 3.0 saya hanya dengar dan ikut perkembangan daripada media.
Bila kita tak berada dalam kumpulan itu, kita tetap tidak faham
sepenuhnya apa yang dituntut mereka,”.
Kata Abby, beliau bersedia mengharungi pengalaman kali pertama berhimpun
kerana memahami apa sebenarnya tuntutan rakyat, biarpun masih baru
dalam pentas politik.
“Saya bersyukur walaupun ketinggalan tiga himpunan Bersih sebelum ini.
Tapi saya gembira kerana dilimpahi kesedaran untuk menuntut perubahan,”
kata ahli PAS seumur hidup itu.
“Perjalanan saya dahulu dan sekarang cukup berbeza. Dahulu, saya tidak
mengambil tahu tentang dasar pentadbiran negara. Tapi sekarang apabila
sampai satu tahap, saya mendapat pencerahan,” kata Abby yang terkenal
dengan jolokan Inspektor Haliza menerusi drama bersiri Gerak Khas.
Tambah Abby, walaupun disogok berita huru-hara oleh media arus perdana,
beliau yakin jika dengan niat betul dan ikhlas, perhimpunan itu pasti
dipermudahkan olehNya.
“Saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya tidak takut pada manusia
kerana yakin Allah ada bersama.
Kita pergi ke perhimpunan itu ada tujuan
yang jelas…InsyaAllah untuk dunia dan seterusnya di akhirat kelak.
“Saya sendiri ada tengok dalam youtube bagaimana peserta himpunan sebelum ini dipukul tanpa melakukan kesalahan,” katanya.
“Saya berpesan di twitter kepada orang ramai, jika ada yang buat kecoh
atau provokasi, kita tangkap dan ikat supaya kita boleh tanya kenapa dan
siapa arahkan dia buat begitu,” kata Abby yang menyiapkan dua baju
mengikut warna tema ditetapkan penganjur.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.