Followers

Saturday, January 5, 2013

PECAH BERITA! 100 Ahli PBS Sertai KEADILAN!

 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sekali lagi berjaya memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN)!

Menerusi Cabang Tenom, Sabah, semalam parti itu telah menerima lagi kemasukan anggota baru seramai 100 orang.


Anggota baru dari ahli Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyertai KEADILAN merakamkan rasa penghargaan kepada kepimpinan Cabang Tenom untuk membela nasib mereka yang terbiar tanpa pembelaan dari wakil rakyat BN.

Mereka juga menyatakan mereka telah begitu lama memberikan ruang dan peluang kepada wakil rakyat BN untuk menunjukkan bakti mereka kepada rakyat Tenom namun setelah sekian lama peluang yang mereka berikan, kebajikan dan kehidupan mereka terabai dan tidak diendahkan.

Kalau sebelum ini penduduk kampung merasa takut dan gentar untuk menyertai KEADILAN khasnya, namun kini perasaan itu terhakis sama sekali demi masa hadapan mereka dan generasi mereka akan datang. 


Wakil rakyat BN selama ini tidak mengendahkan mereka yang selama ini mengundi mereka, sebaliknya hanya mementingkan kroni-kroni dan kaum kerabat masing-masing. 

Rakyat tidak dipandang sebelah mata.

Ketika menyampaikan ucapan, Ketua Cabangnya, Halik Zaman telah menyatakan rasa penghargaan kepada penduduk kampung yang kini telah berani dan nekad untuk tampil dan menjadi anggota Cabang Tenom. 

Beliau menegaskan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan penduduk seharusnya tidak akur dengan "ugutan" pihak-pihak tertentu yang kononnya menggembar-gemburkan atau menakut-nakutkan orang-orang kampung sekiranya mereka menyertai KEADILAN, segala bantuan akan ditarik balik. Ini semua propaganda BN semata-mata.

Halik juga menyentuh beberapa perkara antaranya sistem kebajikan amalan KEADILAN khasnya dengan mengambil contoh kebajikan dan kemudahan yang kini sedang di nikmati oleh rakyat di negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat. 


Semua ini sebenarnya boleh di laksanakan oleh BN, cumanya BN hanya mementingkan kepentingan diri serta kroni-kroni mereka. 
 
Sedangkan rakyat yang memberikan undi keramat kepada mereka yang telah meletakkan mereka sebagai satu badan pentadbir negeri dan negara tidak di pedulikan.

Rakyat kampung hanya akan "dipandang" apabila tiba musim pilihanraya sahaja. 

Masa inilah baru kita nampak wakil-wakil rakyat BN mengunjungi penduduk - penduduk kampung, memperlihatkan dan "memperdagangkan keperihatinan" mereka kepada penduduk kampung. 



Ini dilakukan hanya dengan satu tujuan sahaja yakni untuk memastikan "undi-undi keramat" yang berada di tangan rakyat "dihadiahkan" kembali kepada BN.

Untuk membolehkan wakil-wakil rakyat BN untuk terus menerus "merampok" harta rakyat Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Ihsan Media KEADILAN Tenom
 
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.