Followers

Tuesday, January 29, 2013

Panas: Video Eksklusif, Pelangai Mundur Triang Maju, Bukti Pemimpin UMNO BN "Cakap Tak Serupa Bikin" !!


 

Sesuatu yang amat menghairankan rakyat Pahang sekarang ialah isu berkenaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang yang diwakili oleh YB Leong Ngah Ngah dari parti DAP kini jauh lebih maju dari DUN  Pelangai yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sendiri. 


Ramai yang tertanya-tanya kenapa DUN yang diwakili MB begitu mundur dari DUN yang diwakili oleh pembangkang sejak lima penggal yang lalu. 

Tempoh yang sama diambil untuk menjadi Wakil Rakyat, malahan Adnan dipercayai lebih lama lagi tapi kawasan beliau begitu mundur hingga ke hari ini.

 Bahkan dipercayai kini institusi kewangan hatta Bank Simpanan Nasional (BSN) sekali pun gagal disediakan oleh Adnan untuk rakyat di DUN Pelangai. 

Itu belum termasuk lain-lain kemudahan yang sepatutnya ada. Kesukaran berurusan dengan bank menyebabkan penduduk Pelangai terpaksa ke pekan Karak yang terletak hampir 40 kilometer dari kawasan terbabit. 

Ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Kemajuan DUN Triang di bawah DAP lebih jauh dari apa yang disangka. Dalam sibuk-sibuk pembangkang diserang bertalu-talu, rupa-rupanya hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. 

Bukankah ini tidak masuk dek akal kita. Fikirkan, dan buatlah tindakan untuk mengubah nasib dan masa depan anda sekarang. Ikuti video eksklusif produksi orangkacamata studio "Pelangai Mundur Triang Maju" ini.

[Kenapa kawasan MB boleh mundur?. Apa yang beliau lakukan selama ini?. Sudahlah banyak kawasan Hutan Simpan Kemasul kini dicerobohi oleh "orang dalam" yang dipercayai ada hubungan langsung dengan MB Pahang itu. Kini terdedah pula kemunduran kawasan terbabit. 
 
Ini menunjukkan pemimpin UMNO BN sebenarnya "cakap tak serupa bikin". Sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Razak dalam isu air di Pahang selama ini. 
 
Berkokok di sana sini untuk menyelesaikan masalah air di tempat lain, tapi rakyat di negeri sendiri masih menderita masalah air yang tidak berkesudahan. 
 
Oleh itu, apakah rakyat boleh termakan lagi dengan omongan "janji ditepati" dan "rakyat didahulukan" seperti yang dicanang-canangkan oleh mereka selama ini. 
 
Oleh itu rakyat Pahang perlu bersedia untuk melakukan perubahan jika tidak mahu diri mereka terus diperkotak-katikkan oleh kerajaan sedia ada sekarang. 
 
Rakyat diarahkan ikut undang-undang dalam semua hal, tetapi mereka dengan rakus merompak hasil kekayaan negeri sewenang-wenang. 
 
Apakah kita mahu terus biarkan semua ini berlaku di depan mata kita gamaknya?. Selamatkan Pahang !!].
 
 
Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.