Tahun 2013 dianggap tahun penentu bukan setakat Barisan Nasional (BN)
tetapi juga Pakatan Rakyat dalam melaksanakan misi masing-masing setelah
BN tidak mengadakan pilihanraya umum tahun lalu seperti yang diramal
pelbagai pihak.
Bagi BN, peluang untuk mempertahankan kuasa mungkin kini dianggap
mustahil berdasarkan kiraan semasa jumlah kerusi yang bakal dimenangi
rejim itu sejak berkuasa 55 tahun lalu.
Manakala Pakatan Rakyat yang mencatat sejarah menafikan majoriti dua
pertiga BN buat kali pertama empat tahun lalu kini optimis mampu
menakluk Putrajaya juga berdasarkan anggaran semasa yang dilakukan
beberapa pemimpin dari pakatan itu.
Imbas kembali pilihanraya umum ke-12 pada 2008, BN cuma memperolehi 140
kerusi, jauh daripada prestasi terbaiknya pada 2004 apabila menyapu 198,
kehilangan sebanyak 58 kerusi semasa tempoh 100 hari bekas perdana
menteri, Abdullah Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan dari
Mahathir Mohamad.
Manakala Pakatan Rakyat berjaya merampas 82 kerusi parlimen dengan hanya
dua kerusi masing-masing dapat diperolehi dari Borneo iaitu Kota
Kinabalu dan Bandar Kuching, kedua-duanya menerusi DAP.
Secara keseluruhannya, terdapat 165 kerusi berada di Semenanjung
Malaysia dan 25 di Sabah serta 31 kerusi di Sarawak dan satu di Wilayah
Persekutuan Labuan, menjadikan keseluruhannya 222 kerusi.
Secara matematik, jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kesemua 80
kerusi di Semenanjung, mereka masih memerlukan 32 kerusi lagi untuk
memerintah Putrajaya, itu pun cuma memperolehi majoriti mudah 112
kerusi, dan masih belum dianggap selesa.
Jawapannya, mustahil dan tidak mustahil.
Dengan anggaran semasa pecahan kerusi parlimen di Semenanjung, Pakatan
Rakyat mesti memperolehi kerusi di Johor, Pahang, Perak, Terengganu, dan
Negeri Sembilan untuk menyokong sebarang kemungkinan yang berlaku di
Sabah dan Sarawak.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menang 13 daripada 24 kerusi
di Perak, dua daripada 14 kerusi di Pahang, tiga daripada lapan kerusi
di Negeri Sembilan, satu daripada lapan kerusi di Terengganu dan satu
daripada 26 kerusi di Johor.
Negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah
dianggap tepu kerana peluang untuk menambah kerusi parlimen dianggap
sukar kerana ia merupakan kubu kuat mereka secara tradisinya.
Cuma beberapa kerusi BN yang bermasalah seperti Sabak Bernam, Temerloh
dan Lumut boleh dianggap mempunyai peluang terbaik untuk dirampas
berdasarkan perkembangan semasa.
Pakatan Rakyat mesti menambah sekurang-kurangnya lima kerusi di Perak,
tiga di Pahang, dua dari Negeri Sembilan, tiga dari Terengganu dan lapan
di Johor bagi menjadikan jumlah keseluruhannya 21 kerusi.
Namun itu masih belum cukup kerana jumlahnya cuma 101 sedangkan
mana-mana pihak memerlukan 112 kerusi bagi membentuk kerajaan secara
majoriti mudah.
Dari mana datangnya baki sekurang-kurangnya 11 kerusi itu?
Pastilah dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai 56 kerusi parlimen
keseluruhan dengan pecahan sasaran Pakatan Rakyat pula adalah tujuh dari
Sabah dan empat dari Sarawak, tidak termasuk Kota Kinabalu dan Bandar
Kuching.
Apakah sasaran tersebut kini mustahil?
Jawabnya tidak, malah Pakatan Rakyat kini boleh memperkukuhkan jumlah
kerusi yang dmenangi kepada 123 seperti yang disasarkan lebih tiga bulan
lalu.
Ini bermakna, Sabah akan menyumbang tambahan lima lagi kerusi menjadikan
12 manakala Sarawak pula menambah enam lagi menjadikan 10 keseluruhan.
Soalan seterusnya, dari mana datangnya kerusi-kerusi tersebut?
Senarai terbaru yang dikeluarkan sekretariat BN melalui sumber dari
Cawangan Khas menyebut, kerusi-kerusi yang bakal dimenangi Pakatan
Rakyat di Sabah adalah Kudat, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Beaufort,
Keningau, Tenom, Pensiangan, Sandakan, Kinabatangan, Tawau dan
Kalabakan.
Manakala di Sarawak pula, parlimen Mas Gading, Stampin, Kota Samarahan,
Serian, Sri Aman, Julau, Kanowit, Bintulu, Miri dan Limbang sudah
dianggap kerusi kelabu untuk BN ekoran pertelagahan dalaman antara parti
komponen yang semakin parah.
Saya mendapat maklumat minggu lalu, sembilan ahli parlimen dari Parti
Pesaka Bumiputera (PBB) yang ketuanya adalah ketua menteri sendiri, Taib
Mahmud, bakal digugurkan menyebabkan krisis BN negeri makin ketara
walau disenyapkan dari media arus perdana.
Kesemua kerusi-kerusi yang disenaraikan di atas merupakan kerusi yang
seharusnya dimenangi Pakatan Rakyat dengan syarat meletakkan calon yang
boleh diterima majoriti penduduk setempat bagi menafikan peluang
penyandangnya dari BN untuk kekal sekurang-kurangnya sepenggal lagi.
Itulah sebabnya mengapa perdana menteri Najib Altantuya enggan memanggil
pilihanraya umum tahun lalu kerana data-data di atas diperolehi awal
bulan Disember tahun lalu dan perkiraannya Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0
(BR1M 2.0) diharap akan menterbalikkan keadaan itu.
Namun apakah Pakatan Rakyat boleh 'bernafas lega' buat masa ini?
Saya anggap ia bukanlah penamat kepada usaha menarik seberapa banyak
sokongan terhadap Pakatan Rakyat malah ia mesti dijadikan pembakar
semangat untuk terus merealisasikan data yang terhidang di depan mata
kini menjadi realiti buat kali pertama dalam sejarah negara.
Tiada yang mustahil asalkan bekerja kuat dari sekarang sehinggalah
semboyan pilihanraya dilaung Najib Altantuya yang kini berdepan situasi
sebagai perdana menteri pertama dalam sejarah gagal memperolehi
mandatnya sendiri.
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.