Followers

Sunday, January 6, 2013

PANAS: Lagi kangkung Ameno di TIBAI...


Alangkah lucunya mereka ini

Seperti biasa, menjelang pilihan raya umum, semua pihak akan mula merancang pelbagai strategi demi mencapai apa yang mereka hajati, sama ada majoriti atau mungkin juga populariti.

Maka akan timbullah pelbagai isu, segala rahsia yang disimpan beberapa tahun akan dibongkar, segala salah laku yang selama ini tak terlihat akan diperlihatkan dengan jelas dan nyata di mata rakyat marhaen semuanya.

Mereka yang ketandusan isu akan cuba memainkan isu lama yang sudah basi. Terbaru, tiba-tiba sahaja isu 'Amanat Hadi' yang disampaikan pada tahun 1981 dimainkan kembali.

Dan dalam isu ini, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman begitu pantas memberi pendapat mewakili NGO itu. Entah apa tujuan ISMA begitu pantas memberi pandangan dalam isu ini.

Dalam buletin TVISMA terbaru, dimuatkan sidang media oleh presiden ISMA yang memohon agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya kerana pada pandangan mereka ia memecahbelahkan umat Islam.

Masih segar di ingatan, ketika ramai memberi komen terhadap "Melayu Sepakat Islam berdaulat" yang ISMA canangkan, mereka meminta agar diberi ruang untuk menjelaskan.

Tetapi apabila sampai kepada Abdul Hadi, begitu pantas pula mereka memberi pandangan sedang beliau belum lagi memberi penjelasan. Alangkah lucunya mereka ini.

Sikap apologetik


Sikap apologetik dengan bahasa mudahnya adalah ikut membela. Ahmad Wahib dalam karyanyaPergolakan Pemikiran Islam memberikan beberapa ciri-ciri mereka yang bersikap sebegini.

Pertama, kata Ahmad Wahib, kalau merasa diserang, yang bersangkutan akan menangkis atau membela diri.

Kedua, kalau merasa akan diserang, yang bersangkutan akan mencipta alasan terlebih dahulu.

Ketiga, ada kecenderungan membangkitkan kembali hal-hal yang lama.

Keempat, selalu mengagung-agungkan kejayaan masa lampau.

Saya melihat sikap apologetik ini banyak terhinggap pada anak-anak muda yang masuk menyertai parti politik di tanah air kita. Sikap ini yang membuat rasional pergi dan emosi mengawal diri.

Kita menjadi manusia yang terikut-ikut dan tidak mempunyai pendirian tetap. Sebagai seorang anak muda, ini sesuatu yang memalukan dan membimbangkan.

Saya cuba mencari sikap ini dalam diri anak muda yang bersama ISMA, sama ada yang menjadi ahli rasmi atau menjadi simpatisan. 


Namun kebanyakan anak muda ISMA yang saya jumpa tidak mempunyai sikap ini, hanya sebahagian mereka sahaja.

Kebanyakan mereka hanya mendiamkan diri dan tidak memberi apa- apa respona balas bila ditanya tentang isu amanat Hadi. Curiga mula memasuki jiwa saya, mengapa mereka tidak membuat apa-apa kenyataan? 


Adakah mereka juga sebenarnya tidak bersetuju? Adakah keberadaan mereka dalam ISMA hanyalah atas dasar terhutang budi? Terhutang budi tergadai body?

Saya yakin, ramai anak muda yang memasuki ISMA dari jalur pengkaderan, bukan jalur politik. Maka keberadaan mereka dalam ISMA bertujuan untuk pembaikan hati, akal dan peribadi.

Buat anak muda ISMA yang tidak terhinggap sikap apologetik ini, saya mencadangkan dua hal untuk anda, pertama, kekal dalam ISMA dan mulakan usaha pembaharuan. Kedua, keluar dari ISMA.



** AHMAD MURSYID ABDUL HALIM mahasiswa tahun dua jurusan fiqh wa usuluh Universiti Yarmouk, Jordan



Shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.