Foto di atas ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantuan banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.
Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi
bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik.
Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama
ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartian. Semua mangsa
diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing.
Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan
bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik? Bukankah bantuan itu bagi
meringankan bebanan mangsa terbabit. Makanya, kenapa terbawa-bawa
politik ketika musibah melanda?
Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar. Tambahan
pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan
sekarang ini. Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan
bantuan tersebut itu perkara lain.
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.