Followers

Monday, January 21, 2013

Panas: Anak Mahahtir Anjurkan Pesta Maksiat Ketika Dia Sibuk Cakap Soal Masa Depan Melayu Dan Islam !!

 
Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNO BN sekarang?. 


Dalam sibuk mereka mengatakan perjuangkan Islam dan memainkan isu kalimah Allah, tiba-tiba dalam masa yang sama mereka terus membenarkan pesta hiburan maksiat berleluasa di negara ini.

Selepas berakhirnya Maharaja Lawak Mega 2012 Jumaat lalu, kini heboh diperkatakan satu pesta maksiat diadakan di Sepang International Circuit (SIC) semalam dan hari ini (19 dan 20 Januari 2013).

Umat Islam seharusnya mengutuk penganjuran pesta maksiat yang pastinya didokong oleh anak kepada mantan Perdana Menteri, iaitu Mokhzani Mahathir (foto) sebenarnya.

Apa yang menghairankan kita, keluarga Mahathir tidak cukup lagi dengan kekayaan yang dimilikinya dan tergamak menganjurkan pesta maksiat sebegini di negara Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam itu.


Pesta maksiat yang dikenali sebagai "WeLoveAsia Music Festival" itu membariskan beberapa selebriti terkenal di dunia seperti  Redfoo of LMFAO bersama Party Rock Crew (Party Rock Anthem, I'm Sexy And I Know It), Taio Cruz (Hangover, Dynamite), Yolanda Be Cool (We No Speak Americano, Le Bump), DJ Antoine (Welcome to St. Tropez, Ma Cherie) and DJs like Steve Aoki (Turbulence, Wake up Call) or Joachim Garraud (We Are The Future, Wrecking Ball) dan ramai lagi. 





Pada dasarnya mereka ini akan memainkan muzik tanpa henti  di mana orang ramai yang menyertai akan berjoget dan berdansa mengikut alunan tersebut tanpa mengambilkira siapa mereka.

Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku sewenang-wenangnya.

Biasanya peserta yang akan hadir adalah terdiri dari kalangan anak-anak orang berada, kaya dan berpendapatan tinggi berdasarkan kepada harga tiket untuk menyertainya. Difahamkan, tiket yang dijual berharga antara RM99.00 hingga RM219.00.

Manakala peserta diminta berada di lokasi mulai jam 5.00 petang hinggalah ke malamnya. Maka itu, fahamlah sendiri apa yang akan berlaku semasa program ini berlangsung.
 

Persoalannya sekarang kita tunggu apa kata ulamak dan mufti tentang isu ini?.

Beranikah mereka keluarkan fatwa atau akan diam membisu seribu bahasa apabila terkena kepada pemimpin UMNO seperti Mahathir ini?.

Inilah masanya kita mahu lihat ulamak dan mufti UMNO bekerja untuk dunia atau  kerana Allah?.

[Mungkin inilah dia bala yang Allah tunjukkan kepada Mahathir agar beliau insaf dan senantiasa mengingati mati.

Usahlah beriya-iya berkokok satu dunia kononnya dia adalah pejuang Melayu dan Islam.

Masih kita ingat Mahathir menghina janggut Rasulullah dengan alasan zaman dulu tidak ada pisau cukur?.

Masih kita ingat Mahathir mengatakan undang-undang Islam sudah lapuk dan tidak selaras dengan zaman?.

Malah, banyak lagi penghinaan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap agama Islam di negara ini. Lebih teruk lagi apabila anaknya sendiri terlibat dengan perniagaan arak terbesar di Asia yang berpusat di Filipina.

Sekarang Mahathir ingin bercakap soal Melayu dan Islam, sedangkan dasar pengswastaan yang diperkenalkan oleh beliaulah yang telah  menjahamkan masa depan orang Melayu di negara ini.

Mahathir mudah lupa apa yang beliau lakukan terhadap rakyat selama 22 tahun berkuasa di negara ini.

Sepatutnya dengan sisa-sisa usia yang ada Mahathir bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Namun, apakah Mahathir bakal senasib dengan Kamal Artartuk di Turki?.

Benarlah kata bekas Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor bahawa Mahathir umurnya panjang supaya dia boleh melihat semula segala kejahatan yang dilakukan terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Oleh itu, tolak Mahathir yang sedang mencatur politik negara. Sebab itu dia terlalu gusar jikalau UMNO BN kalah pada PRU-13 ini  nanti].


Pahang Daily Online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.