Followers

Wednesday, January 30, 2013

PANAS ! ADUN, AHLI PARLIMEN BN BOIKOT MAJLIS DYMM SPP YDP AGONG...SEMUA JENIS PELAQ...!!!

 
Semalam berlangsung majlis Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil daerah Baling. 


Dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah  juga pelantikan dengan perkenan Tuanku melantik Dato Dr Afifuddin mantan Menteri Kewangan sebagai Pro Canselor KUIN. Seorang yang layak walaupun bekas pemimpin Umno. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 830 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar.

Tuanku  Sultan kelihatan sangat teruja dengan perkembangan luarbiasa kampus ini. Dengan kos RM 330 juta dan tanah seluas 830 ekar adalah mercutanda pembangunan ilmu di Kedah.

Pembinaan kampus ini tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan sering jadi bahan ejekan  oleh pemimpin Umno yang juga parti pembangkang di Kedah.

Lebih malang sekali dalam sejarah Adun-Adun,Ahli Parlimen BN dan Bebas tidak hadir walaupun dijemput dalam majlis yang melibatkan DYMM SPB YDP Agong, KCS semua hadir pada majlis tersebut, kalau kena kepada PR tentu isu ini dimainkan oleh media utama 7 hari 7 malam....Adakah perbuatan mereka ini  derhaka kepada  Raja..rakyat Kedah fikirlah sendiri tahap pemikiran meraka.....








HANGPA TAKDAK TELOK...?
Kedahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.