KUALA LUMPUR: Tindakan
pembangkang menganjurkan demonstrasi adalah untuk menarik perhatian
masyarakat demi kerjaya politik mereka, kata Ahmad Maslan.
Katanya puak terbabit juga tidak
mengutamakan keselamatan negara, sebaliknya lebih mementingkan faedah
politik mereka apabila mensensasikan sesuatu isu menerusi ceramah dan
demonstrasi.
"Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan,
bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat
bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan
persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik
perhatian orang ramai," katanya.
Ahmad diminta mengulaspenganjuran mogok
lapar yang disertai penyokong pembangkang di Dataran Merdeka di sini,
ketika sambutan ambang tahun baru 2013.
Mogok lapar itu dianjur sekumpulan
individu yang dipercayai penyokong pembangkang, bagi membantah kilang
memproses nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu Fakhrul Azman Abu Bakar berkata
demonstrasi haram dan memburuk-burukkan pemerintah adalah antara
strategi pembangkang berdasarkan pengalamannya bersama PKR dulu.
"Amalan yang dibawa pembangkang ini
adalah merbahaya kerana mereka memperalatkan orang ramai selain cuba
menutup kelemahan dalam parti dan buktinya sekarang ramai anggota
pembangkang yang keluar parti kerana kepincangan dalam pakatan
pembangkang sendiri," kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) Terengganu itu.
Fakhrul yang juga Pengerusi Biro
Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, berkata
pembangkang seharusnya mencontohi negara maju apabila pihak kerajaan dan
pembangkang bersama-sama berganding bahu membangunkan negara dan bukan
sentiasa memburukkan-burukan pemerintah.
Beliau juga berpandangan pakatan
pembangkang tidak mampu mentadbir sebuah negara kerana sentiasa
bertelagah sesama sendiri yang menunjukkan kelemahan mereka dalam
berkongsi kuasa kerana ideologi politik berbeza. - TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... ADA SESIAPA BOLEH BANTU.... kah kah kah..
kah kah kah...TERANGKAN PADA MUNKEEE INI TUJUAN DEMO SATU JUTA...kah kah kah...
woit...DEMO INI BUKAN NAK AMBIL PERHATIAN.... kah kah kah..
kah kah kah...DEMO INI UNTUK BERI AMARAN ...kah kah kah..
kah kah kah...AMARAN JANGAN TIPUUUU UNDI.... kah kah kah...
woit...PERHATIAN KEPALA BANA APA?.... kah kah kah...
kah kah kah...NAK PERHATI APA.... RAKYAT NAK TUMBANG KAN KERAJAAN.... kah kah kah
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MEMANG KAMU KURANG HAJAR... kah kah kah...
kah kah kah... BUAT APA PENUH HAJAR DENGAN PEROGOL PEMBUNUH DAN PENYAMUN.... kah kah kah...
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MEMANG KAMI PERALATKAN ORANG RAMAI.... kah kah kah..
kah kah kah..KERANA KAMI SENDIRI ORANG RAMAI... kah kah kah...
kah kah kah...KAMI PERALATKAN DIRI KAMI SENDIRI.... kah kah kah.
Tukar Tiub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.