Followers

Monday, January 7, 2013

Muhyiddin Yasin nak belasah DAP tapi macam beruk dapat bunga


 Muhyiddin punya seronok nak belasah DAP sampai dia tak sedar yang dia sebenarnya membangangkan diri dia sendiri, mendedahkan kejahilan dia tentang ilmu pilihanraya.

BHarian melaporkan:

Tanjung Malim: Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat perubahan keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), DAP bukan saja janggal dan luar biasa, malah menimbulkan banyak persoalan.

Timbalan Perdana Menteri berkata senario terkini dalam DAP itu membuatkan ramai pihak tertawa sambil mempersoalkan bagaimana DAP yang pernah mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tdiak telus, kini terkena diri sendiri. - Bharian.

ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.

Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Akibat kesilapan SPR dalaman DAP, penchachai nampaknya cukup seronok, depa rasa depa dapat peluru yang cukup hebat untuk hentam DAP, tapi depa tak sedar depa sebenarnya macam beruk dapat bunga.

Macam statement Muhyiddin kat atas tu, mantik yang langsung tak kena. Tindakan berani DAP tu sebenarnya menunjukkan yang DAP langsung tak sama macam SPR.

DAP secara terbuka mengakui kesilapan dan segera membetulkan kesilapan tu tapi sebaliknya SPR walaupun cukup banyak bukti aksi macam 'si anjing Umno' sampai ke sudah, bukan kata nak memperbetulkan kesilapan, nak mengaku kesilapan pun sikit punya payah. sampai dah tak boleh nak spin barulah nak mengaku.

Contohnya macam isu pengundi klon, bila Suhaizan Kayat bagi bukti yang cukup jelas baru SPR mengaku memang ujud masalah tu, tu pun masih jugak tak mengaku depa silap.

SPR Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu menghargai maklum balas daripada semua pihak dalam membersihkan daftar pemilih.

"Kami tidak pernah menafikan kewujudan klon," katanya kepada The Star semalam.

"Itu adalah mengapa kami telah berterusan meminta para pengundi untuk tampil ke hadapan dan menyemak pendaftaran mereka. - Ibid.

Muhyiddin punya seronok nak belasah DAP sampai dia tak sedar yang dia sebenarnya membangangkan diri dia sendiri.

Bharian juga melaporkan:

Dalam pilihan raya, pengiraan semula dibuat pada hari waktu undi dikira. Selepas itu, barulah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umumkan keputusan. Bagaimanapun yang ini (pemilihan CEC DAP), sudah selesai dan balik... selepas itu umum ada kesilapan. Ini satu tanda soal yang besar... ia adalah persoalan mengenai integriti dan kredibiliti parti itu. Rakyat boleh membuat penilaian." Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri - Ibid.

Satu perbandingan yang mencerminkan kejahilan Muhyiddin dengan ilmu pilihanraya, membangangkan dirinya sendiri.

Kalau ada bantahan sebaik saja kiraan undi selesai, memang SPR akan buat kira undi semula, tapi keputusan dah diumumkan, masih boleh dibuat petisyen dan kalau mahkamah kata valid, pengiraan semula masih boleh dibuat semula.

Macam tu jugak dengan kes kesilapan DAP tu, kesilapan tu cuma di kesan sehari selepas keputusan diumumkan dan DAP dah ambil tindakan yang cukup demokratik dan telus, bukan saja dibuat pengiraan semuloa tapi siap lantik juruaudit bebas untuk pastikan pengiraan tu telus.

Pasai tu aku kata, isu ni dapat kat Umno macam beruk dapat bunga. seronok sampai meloncat-loncat tapi akhirnya bunga tu rosak langsung tak berguna.

Cumanya, dalam seni politik ni, betul atau salah bukan perkara utama, perkara yang utama macamana nak membentuk persepsi dan dengan keterbatasan saluran media, DAP kena pastikan cerita versi DAP yang betul lagi benar sampai kepada semua bakal pengundi PRU13.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/muhyiddin-yasin-nak-belasah-dap-tapi.html#ixzz2HCqfxoi0

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.