Lebih
banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu
lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang
tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga
kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat,
berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan
berkenaan.
"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia
tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung
Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada
pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar
pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang
didaftarkan di alamat tersebut.
"Kami
mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin
Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.
Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".
"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."
Bloglist Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.