RCI pendatang haram Sabah: Mahathir terpaksa mengaku salah
Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi.

Entah apa
kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui.
Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin
hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan.
Isu bertambah rumit
dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah
gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.
Deepak pula memberikan reaksi
marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap
terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu.
Deepak berjanji akan
mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum berkaitan Najib
suami isteri itu.
Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh
Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap
datang bertalu-talu.
Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepadase setengah pihak.

Tetapi tidak pula
memeranjatkan kepada sesetengah pihak yang telah melihat dengan dekat
perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.
Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Pendatang Asing Sabah yang telah ditubuhkan oleh kerajaan.

Akhirnya Dr
Mahathir mengakui yang beliaulah yang terlibat dan membenarkan pemberian
kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.
Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.
Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul.

Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir)
tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang
bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.
Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur.

Memang benarlah pandangan setengah pihak, Mahathir
ini tidak boleh berjalan dengan betul di atas jalan yang lurus.
Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan.

Pemberian kerakyatan itu juga diberikan kepada
kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah
semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.
Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupalah menyamakan buah
epal dengan buah sukun atau buah bacang.
Pemberian kerakyatan kepada
pendatang semasa itu adalah syarat yang telah ditetapkan oleh British
bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu.
Setelah semua kaum
bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri
daripada rakyat Malaya yang berbilang kaum itu..
Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara.

Kad pengenalan yang diberikan
kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti
kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara
ini.
Dr Mahathir tidak dapat membezakan antara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya semata-mata.

Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini
memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan
satu tindakan pengkhianatan (treason) yang amat serius.
Mereka
berpendapat Mahathir perlu disiasat tentang kesetiaannya terhadap negara
ini.
Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari daripada segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar.

Kita berharap RCI yang masih dalam
peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik
untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap
Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan
ini tanpa memilih bulu.
Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa.

Rakyat mengharapkan perkara seperti
ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat
kita.
Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.

- Aspan Alias
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.