Followers

Monday, January 21, 2013

Mahathir cuba alih perhatian isu penipuan SPR – Anwar

 KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ‘Projek IC’ di Sabah sebagai cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu itu.





“Mahathir kata kenapa marah dia bagi IC (kepada warga asing), Tunku pun bagi kepada orang Cina dan India pada 1957 (sedangkan) mereka bukan asal sini.



“(Mungkin) Mahathir lupa bapanya asal dari mana,” katanya disambut ketawa 5,000 hadirin di program Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai, semalam.



“Ini kerana beliau nak alih pandangan rakyat (daripada isu sebenar),” katanya lagi.



Pada 17 Januari lalu, Mahathir menuduh Bapa Kemerdekaan itu sebagai ‘lebih teruk’ daripadanya kerana memberikan kerakyatan kepada sejuta masyarakat Cina dan India, yang disifatkannya sebagai tidak layak menjadi warganegara.




Sebelum ini, bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semasa memberi keterangan kepada RCI mengaitkan dua orang kanan Mahathir, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dalam pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.



Dalam pada itu, Anwar menyeru rakyat Malaysia agar tidak termakan cubaan mengapi-apikan sentimen agama untuk menyekat kebangkitan rakyat.




Katanya, Syeikh Yusuf Qaradawi dalam khutbah di Medan Tahrir bukan sahaja menyampaikan seruan kepada umat Islam, malah juga kepada masyarakat bukan Islam.


“Beliau kata kalau Muslim dan Kristian di Mesir gaduh, yang untung (bekas Presiden) Hosni Mubarak. (Maka) kalau Muslim dan Kristian di Malaysia gaduh, yang untung adalah Umno BN,” katanya lagi.


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sentimen perkauman dan agama semakin kuat dimainkan Umno BN. 


Terbaru, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu program di Permatang Pauh menggesa umat Islam membakar kitab Bible berbahasa Melayu, kononnya untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia. 


Kembara Junior

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment