Johor
Military Force -JMF isu terkini melibatkan pasukan bola sepak Johor.
TMJ
merasakan FRU tidak cukup untuk menjaga Sultan Johor sehinggakan
terpaksa mengerah 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4
carbin JMF @ TSN – Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika
berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad
ke IV sebelum ini.
Mereka dikatakan menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK) untuk melakukan tugas amat-amat berbahaya tersebut!! Baca juga Sultan Muhammad V Turut Bersama di Liang Lahad!!
“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.
“Ia
adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak
berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” kata PRESIDEN KAFA,
Tan Sri Annuar Musa.
Kenyataan TMJ kepada Bernama;
Tunku
Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap
bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia
Negeri Johor (TSN).
“Mereka
(anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang
menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan
mencemar duli menyaksikan perlawanan itu,” titah baginda pada sidang
media di kediaman baginda di sini hari ini.
Baginda
bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan
keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK
menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku
Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah
kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah
ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.