Followers

Tuesday, January 15, 2013

Kenyataan Merapu Pemimpin Veteran Umno.. Saksikanlah!! Posted by Addin Deen


Pemimpin veteran Umno yang nyanyok ni layak duduk diam je. Makin hari makin merapu kenyataannya. 
Agaknya terlalu takut dengan kebangkitan rakyat yang bakal menumbangkan rejim Umno BN, Mahathir keluar kenyataan bodoh. Addin rasa kalau Mahathir ni jadi PM lagi jangan harap kita dapat berhimpun seaman ni.

Addin teringat akan al marhum Ustaz Fadhil Noor pernah berdoa agar Mahathir di panjangkan umur agar beliau melihat sendiri kejatuhan Umno. Mungkin doa tersebut telah menjadi kenyataan.. wallahualam..

Dr M: Perhimpunan di KL untuk jatuhkan 
kerajaan BN

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) berharap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti revolusi di negara-negara Arab semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara Sabtu lalu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus menyerang pakatan pembangkang tersebut menjelang pilihan raya umum ke 13.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu berulang kali menuduh PKR-DAP-PAS cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan untuk dijatuhkan, sama seperti di Asia Barat dua tahun lalu.

“Mereka mahu jatuhkan kerajaan, sebab itu mereka adakan perhimpunan, tapi kerajaan ini bukanlah seperti kerajaan negara Arab.

“Kita bukan kerajaan diktator, kerajaan ini dipilih oleh rakyat,” katanya selepas sidang medianya di Cyberjaya, merujuk kepada PR yang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Stadium Merdeka.

Himpunan itu dianjurkan oleh pemimpin PR dan kumpulan non-partisan seperti badan bukan kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perhimpunan ini digelar “perhimpunan 112” oleh sesetengah pihak, dan ada juga memanggilnya “Perhimpunan Shamsidar”, merujuk kepada isteri timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan menjadi saksi utama dalam kes saman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan caranya untuk berdemonstrasi. Kamu mesti ada sebab yang kukuh untuk berdemonstrasi, tapi demonstrasi ini kerana Shamsidar.

“Apa juga kes di mahkamah, mereka mahu anjurkan demonstrasi,” kata Dr Mahathir.

Perdana menteri paling lama mentadbir Malaysia itu berkata Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan membenarkan perhimpunan, tetapi beliau menambah ia memerlukan sebab yang kukuh.

Tahun lalu, bekas perdana menteri itu mendakwa di dalam blog dan ucapannya bahawa perhimpunan yang disokong oleh PR adalah percubaan untuk menjatuhkan kestabilan yang mengakibatkan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya.

Beberapa orang blogger baru-baru ini mendakwa perhimpunan tersebut untuk menghalang Shamsidar Taharin dari menjadi saksi untuk Senator Datuk S Nallakaruppan dalam kesnya menentang Anwar, yang akan diketahui tarikh mula perbicaraannya pada Jumaat ini.

Peguam Anwar bagaimanapun menolak dakwaan ini, sementara akhbar The Sun melaporkan hari ini bahwa Shamsidar akan mengeluarkan kenyataannya pada 18 Januari ini.

Polis semalam berkata jumlah keseluruhan peserta perhimpunan itu berjumlah 45,000 orang, selepas mengatakan melakukan kesilapan mengatakan 80,000 orang di laman sosial Twitter.

Namun begitu penganjur dan pemimpin PR percaya sekurang-kurangnya 500,000 orang telah menghadiri acara tersebut, yang dikatakan perhimpunan terbesar di bandaraya ini.

Kajian bebas PoliTweet.org mengatakan peserta perhimpunan mencecah 150,000 orang, berdasarkan kajian peringkat awal dalam perhimpunan tersebut. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.