Followers

Sunday, January 27, 2013

KENYATAAN BAGI BN: EU mahu berkerjasama dengan Anwar, PR jika menang PRU-13 Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle




Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Luc Vandebon berkata EU tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat jika mereka menerajui kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum yang akan datang.

"Sudah tentu kita mahu untuk bekerjasama dengan Malaysia. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar dan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi," Vande bon memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat.

Kenyataan tegas dari kuasa dunia

Kenyataan itu telah memberi semangat yang berkobar-kobar bagi Anwar yang berusia 64-tahun dan juga PR yang sedang bergerak memasuki pusingan terakhir pilihanraya yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah berikrar untuk mempertahankan pegangan kuasa selama 55 tahun kerajaan Umno-BN dalam apa jua cara berkemungkinan akan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum ke-13 di negara ini dalam beberapa minggu lagi.

"Ia adalah satu tanda yang sangat positif yang perlu bagi PKR dan PR. Duta itu menegaskan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ini adalah satu kenyataan yang sangat penting buat masa ini," Anwar kemudian memberitahu pemberita apabila ditanya apakah responsnya kepada kenyataan pihak EU itu.

"Pembentangan mereka hari ini untuk para pemimpin PR dan Ahli Parlimen cukup bermaklumat. Mereka membangkitkan pelbagai isu-isu ekonomi yang penting ke EU dan kami akan mengambil pandangan dan kedudukan ini kedalam pertimbangan."

Perbincangan akan bersambung selepas PRU ke-13

Vandebon telah membawa satu pasukan ke ibu pejabat PKR pada hari Jumaat untuk membincangkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) EU-Malaysia yang sedang berterusan. Sejak 2010, EU telah mengadakan tujuh pusingan rundingan dengan kerajaan Malaysia, tetapi tiada yang konkrit telah dimuktamadkan.


Pasukan EU telah diberitahu bahawa rundingan akan disambung semula selepas pilihanraya umum.

"Saya tidak pasti jika kita boleh katakan terdapat kelewatan ... kerana perjanjian ini adalah sangat kompleks.Tetapi kita sudah bersedia untuk meneruskan rundingan selepas pilihanraya dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi," ulangi Vandebon.

EU merupakan sebuah kesatuan ekonomi dan politik yang terdiri daripada 27 negara anggota di Eropah. EU beroperasi melalui sistem institusi supranasional yang bebas dan keputusan antara kerajaan-kerajaan dirundingkan oleh negara-negara anggota.

Ia mempunyai gabungan penduduk lebih 500 juta atau 7.3% daripada penduduk dunia, menjana nominal keluaran kasar (KDNK) terbesar di dunia sebanyak $ 17.6 trilion pada tahun 2011, mewakili kira-kira 20% daripada KDNK global apabila diukur dari segi kuasa pembelian.

Umno-BN bakal jadi pariah bagi masyarakat antrabangsa


Pemimpin PKR bersorak mendengar berita itu, menunjukkan bahawa penekanan EU terhadap kerjasama dengan kerajaan "yang dipilih secara demokrasi" perlu diberi perhatian oleh Najib dan gabungan Umno-BN.

"EU adalah salah satu daripada ekonomi yang paling berkuasa dan juga merupakan antara blok perdagangan dunia. Hakikat bahawa mereka datang ke ibu pejabat PKR membuktikan sesuatu. 

Ini adalah kenyataan yang sangat penting dan harus diterima sebagai amaran kepada Najib dan Umno-BN," Pemimpin kanan PKR Tan Kee Kwong memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu.

"Jika mereka cuba untuk berpaut pada kuasa dengan cara yang tidak adil dan tidak sah, EU tidak mungkin mahu bekerjasama dengan mereka. Umno-BN akan menjadi umpama paria di mata masyarakat global, mereka harus berhati-hati."

Kenyataan Kee Kwong bertepatan apabila Umno-BN sedang berusaha melepaskan dirinya daripada dakwaan menipu daftar undi dan menawarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin sebagai pertukaran untuk undi mereka.

Kebimbangan rakyat Malaysia bahawa akan berlaku penipuan pada pilihanraya amat serius dan meluas, dan dicerminkan dalam sokongan luarbiasa untuk pilihanraya yang bebas dan adil melalui pergerakan Bersih, yang telah mengadakan 3 perhimpunan awam dengan jayanya walaupun ia diharamkan dan didakwa oleh pentadbiran Najib .

Kerjasama yang adil


Sementara itu, Anwar cepat untuk mengesahkan kesediaan gabungan itu untuk bekerja dengan EU tetapi menekankan keperluan untuk "kerjasama yang adil".

"Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan langkah-langkah yang berkesan perlu diguna pakai untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan. 

Kami akan mengarahkan Sekretariat Ekonomi Pakatan Rakyat untuk segera melihat ke dalam perkara itu. Kita akan bekerja rapat dengan sektor industri untuk mendapat maklumbalas mereka. Prinsip umum kami adalah untuk mengamalkan prinsip perdagangan bebas dengan adil dan samarata, "kata Anwar, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pada tahun 2011, Malaysia adalah diantara  23 rakan perdagangan barangan EU terbesar. 

Perdagangan dua hala antara EU dan Malaysia dikuasai oleh produk industri. EU merupakan pengimport jentera dan peralatan terbesar dan mengeksport peralatan elektrik dan jentera (kedua-dua barangan serta peralatan industri ini merangkumi 90% daripada jumlah keseluruhan perdagangan). EU juga mengimport barangan dari sektor lain dari Malaysia seperti plastik, getah, haiwan dan lemak sayur-sayuran serta minyak dan dari segi eksport, produk mekanikal.

Import EU dari Malaysia telah meningkat secara beransur-ansur sejak tahun 2003, namun, mengalami penurunan ketara dalam 2008-2009 (16% penurunan). 

Kecuali perikanan, eksport EU telah menyaksikan satu trend meningkat sejak tahun 2000, dengan penurunan 18% antara tahun 2008-2009 akibat kegawatan ekonomi. Walaupun Malaysia tidak menjadi rakan kongsi perdagangan utama dalam perkhidmatan setakat ini, namun peluang meningkat kerana tekanan untuk meliberalisasikan sektor utama.

Pada September 2010, Negara Anggota EU meluluskan pelancaran rundingan untuk Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Malaysia. Malaysia adalah anggota ASEAN dan ahli WTO.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.