Mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU 13), KEADILAN hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebagai persiapan terakhir misi menawan
Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti
memfokuskan gerak kerja jentera menghadapi pilihan raya.
“Fokus utama dalam mesyuarat pagi tadi tumpuan diberikan kepada gerak
kerja parti. Semuanya berkaitan persiapan pilihan raya supaya
memfokuskan persiapan jentera.
“Memandang kepada mood rakyat,
kita (Pakatan Rakyat) ada harapan besar ke Putrajaya. Malang jika kita
tidak perkuatkan jentera. Perkemaskan gerak kerja jentera adalah perkara
paling penting,”
Menurut Ahli MPP, Fariz Musa, perkara yang turut dibangkitkan adalah masalah dalaman supaya diselesaikan secara baik.
“Pentingnya sekarang mesti lupakan masalah dalaman. Kita mesti sepakat
dan bersatu untuk jadikan pilihan raya ini paling bersejarah.
“Jangan jadi seperti Umno, semua pemimpin mesti terima keputusan parti
dengan berlapang dada kerana misi utama mahu tumbangkan kerajaan korup
sekarang dan bukan bersifat pentingkan diri sendiri,” ujar Ketua
Penerangan KEADILAN Terengganu itu.
Tambahnya, perkara utama yang perlu dilakukan peringkat negeri mahupun Cabang adalah turun padang berjumpa rakyat.
“Hari ini MPP seluruh negara lebih kurang 60 orang bersama dalam
mesyuarat membincangkan gerak kerja peringkat Negeri, Cabang dan Ranting
supaya mereka bergerak untuk turun padang memberikan penerangan kepada
rakyat,” jelas beliau.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.