Tertekan
dengan pendedahan ketua ekonominya, Bank Islam sebentar tadi menafikan
hasil kajian yang dibentang Azrul Anwar Ahmad Tajudin yang disiarkan
meluas di akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times.
Dalam
satu kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Zukri Samat menyatakan bahawa bank itu tidak terlibat
dalam hasil kajian yang didedahkan Azrul seolah-olah mahu 'menjauhkan
diri' dari keputusan yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) kalah dalam
pilihanraya umum akan datang.
Paling
kelakar apabila Zukri menafikan bank tersebut menjadi penaja kepada
forum ekonomi yang diadakan di republik itu yang disiarkan dalam akhbar
yang dikawal rejim Lee Hsien Loong itu.
Sedangkan
Azrul tidak pernah mengaitkan bank tempatnya bekerja dengan hasil
kajian yang dilakukannya sendiri malah keputusan tersebut selari dengan
ramalan pelbagai pihak termasuk pakar kewangan, pengurus dana
antarabangsa malah pemerhati politik.
Persoalannya,
jika Bank Islam tidak mahu dianggap 'bersekongkol' dengan kajian Azrul
mengapa mereka membenarkannya hadir pada forum tersebut yang turut
dihadiri beberapa pegawai kewangan berpengaruh dari Asia Pasifik
termasuk Hong Kong dan Jepun.
Azrul
dalam pembentangan kajiannya mendapati BN cuma mampu memenangi antara
97 hingga 107 kerusi dalam pilihanraya umum jika diadakan dalam tempoh
dua bulan manakala Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan lemah dengan
115 ke 125 kerusi.
Malah,
ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan turut 'menekan' Azrul
dengan mendakwa Azrul harus berpijak di bumi nyata dalam satu tulisan di
Twitter sebentar tadi.
Kunnnya
dengan kemenangan lapan pilihanraya kecil sebelum ini membuktikan BN
sudah diterima kembali rakyat bagaimanapun tidak berani menjelaskan
berapa ratus juta wang rakyat hangus apabila setiap kali ia diadakan.
Bagaimanapun,
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak dakwaan pemimpin
Umno bahawa kredibiliti kajiannya yang harus diselidik dan bukannya
menyerang Azrul secara peribadi kerana keputusan kajian yang tidak
sehaluan dengan BN.
Nyata
pendedahan Azrul menakutkan Umno dan BN, jika tidak Bank Islam dengan
arahan Umno tidak akan dipaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian seperti
yang diramal Zaid Ibrahim.
Setakat ini Azrul belum dapat dihubungi untuk ulasan lanjut mengenai perkembangan terbaru ini.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.