Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri..!!!Dua Banner Fitnah Digantung..Dimana ada PR berceramah,disitu UMNO buat ceramah juga
Rupa-rupanya tidak jauh dari tapak ceramah Pakatan Rakyat (PR),UMNO pun turut sama memeriahkan Kampung Senin dengan ceramah juga,jarak antara kedua-dua tapak ceramah ialah lebih kurang 70 meter sahaja,menurut kata juruacara ceramah UMNO, tajuk ceramah mereka ialah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri.
Hairan juga tengok UMNO ni,sudah mula banyak buat ceramah-ceramah macam
Pakatan Rakyat,mungkin persediaan,manalah tahu akan kecundang lepas PRU ke 13
nanti,di pentas-pentas macam ni lah akan mereka gunakan juga.Di
media-media tv,surat khabar sudah tidak dapat sambutan jadi gunalah
pentas ceramah untuk menyampaikan maklumat mereka.
Sepertimana yang belaku
baru-baru ini Utusan,Surat khabar yangg utama UMNO telah di saman oleh
Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memfitnah DSAI,jelas Utusan punya
berita tidak boleh dipercayai,hanya yang boleh percaya kat paper tu ialah
keputusan no ekor 4D magnum,toto dan kuda aje.
Sejumlah 2 banner besar telah digantung yang menyatakan Dato Seri Nizar Jamaluddin Pembohong.Satu daripadanya digantung dihadapan Sek Ren Keb Layang Layang Kanan.Ini lah langkah terdesak Umno untuk meraih sokongan rakyat.
Geng Botaonline (TBO tak dapat nak ikut,sebab hari tu
pakai baju 'Menuju ke Putrajaya'..hi..hi.takot kantoi pulok ngan geng
Umnu ni..) telah pergi menerjah ke port ceramah UMNO pada malam itu
dan mendapati tiada isu nak hentam PR,hanya mainkan cerita-cerita lama
terutama isu YB Nizar Jamaluddin yang kononya pembohong besar,tapi
sebenarnya UMNOlah yang telah melakukan pembohongan yang besar.
Isu
paling hangat dikatakan
oleh penceramah UMNo ialah tentang Debat antara Nizar dan Zambry yang
akan
diadakan pada esok malamnya.
Menurut penceramah, Zambry tidak mahu
melayan
pelawaan Nizar sebab Nizar tidak layak berdebat dengannya dan Nizar
pembohong besar,..betul ke ni..atau takut nak berdebat......???
Sebelum ini gangguan-gangguan ceramah PR selalu dibuat
di sekitar Ipoh
dan Batu Gajah tetapi tempohari di kawasan Parit pun UMNO sudah mulai
membuat.ceramah bersiri.
Namun kehadiran di ceramah PR adalah lebih
ramai berbanding dengan ceramah UMNO itu.Dianggarkan ceramah DSNJ
menerima lebih 300 kehadiran.
Manakala ceramah Umno itu menerima tidak
sampai 100 orang kehadiran.Gangguan ini diteruskan juga semasa geng Umno
ini bersurai dan melalui tempat ceramah PR.
Seorang pemandu motorsikal
telah me'rem' motorsikal nya sebanyak 2 kali bertujuan untuk menganggu
ceramah.Ingatkan orang orang muda..tetapi rupa rupa nya warga emas yang
totok umnuu gamaknya.
Manakala ada pemimpin umno yang melalui kawasan
ceramah PR,memandu dengan agak laju yang boleh membahayakan pengikut
pengikut PR.
Ceramah UMNO tamat pada jam 11.30 malam (mungkin kerana kekurangan modal),tetapi ceramah PR tamat
dalam pukul 12.15 tengah malam.
Sebelum mengakhiri ceramah Dato' Seri
Nizar membawa hadirin ke sessi tayangan video suasana di pagi hari raya
Aidilfitri yangg lalu dimana Najib,Rosmah dan beberapa orang Menteri
berjoget apabila lagu Anak Kampung dimainkan dan dinyanyikan oleh artis
jemputan.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.