Kavita Kaur, apa hubungannya dengan Sultan Selangor? |
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM
LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU
Penggunaan kalimah Allah dalam
lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur
penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu.
Penggunaan kalimah Allah hanya
menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan
seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan
oleh pihak berkuasa.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen
47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
“wajib bagi umat Islam
menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan
atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan
undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”
Kerajaan Rakyat
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/01/dymm-sultan-selangor-adalah-ketua-agama.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.