Followers

Sunday, January 27, 2013

DR M IBARAT SYAITAN: Bagaimana kita boleh MENGHUKUMNYA? Written by Christopher Fernandez

Pemecatan timbalan perdana menteri yang juga menteri kewangan, Anwar Ibrahim pada tahun 1998 merupakan permulaan kepada masalah sebenar di Malaysia kerana Mahathir yang keras kepala mengambil keputusan untuk kekal dalam kuasa walaupun sebenarnya dia adalah antara penyebab krisi kewangan yang berlaku di Asia pada ketika itu.

Apa yang telah berlaku adalah Mahathir, dengan wang yang didapatinya dari Bank Negara Malaysia (BNM), atas sikap tamaknya mahu mendapatkan keuntungan yang lumayan dengan menspekulasi mata wang walaupun tidak disukai dan dipersetujui oleh Anwar.

Anwar menjadi begitu takut akan ketamakan Mahathir namun kuasa boleh memupuk korupsi dan kuasa yang mutlak akan menjadikan seseorang menjadi sangat korup. Mahathir, sebagai diktator di Malaysia tidak mempedulikan rayuan Anwar dan meneruskan dengan perjudiannya.

Tanpa diketahui oleh Mahathir, diseberang Atlantik, seorang pelabur mata wang terkemuka sedang memerhatikan wang yang bakal diperolehinya. Spekulasi yang dibuat oleh Mahathir terbukti mengalami kerugian dalam jumlah yang besar telah diraih pula oleh Soros dan Yahudi licik dari Hungary ini pula sanggup mendermakan sejumlah USD 500 juta kepada Russia yang sedang berada dalam masalah dari wang perolehannya.

Mahathir yang kebingungan dengan beraninya menyalahkan timbalannya untuk menyembunyikan kesalahannya sendiri sekaligus menjadikan Anwar sebegai kambing hitam dalam keseronokan perjudiannya. Tetapi pemecatan Anwar bukan sesuatu yang tidak dijangka. Timbalan-timbalannya terdahulu seperti Musa Hitam, Ghaffar Baba juga telah menerima nasib yang sama akibat tindakan diktator ini.

Inilah yang mengakibatkan Malaysia tenggelam dalam masalah serius selepas menikmati kemakmuran ekonomi dalam tempoh yang agak lama. Kesan daripada insiden ini, beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan ia memecah-belahkan bangsa kita buat pertama kalinya dalam sejarah.

Bagaimana drama bermula


Bukan sahaja Anwar dilucutkan dari jawatan dalam Barisan Nasional, konspirasi politik yang didakwanya sudah bermula dengan begitu dramatik menjadikan dakwaan liwat terhadapnya dijadikan alasan.

Peristiwa ini, sehingga ke hari ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk memberi pendapat yang berbeza terhadap kesalahannya. Namun dia telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selepas melalui perbicaraan yang begitu sensasi sehinggakan menarik minat masyarakat antarabangsa.

Selepas dirinya ditumbuk oleh Ketua Inspektor Polis yang menyebabkan matanya lebam lalu menaikkan kemarahan rakyat Malaysia dan menarik lebih banyak simpati dari penyokongnya, lahirlah Parti Keadilan Rakyat.

Kerana Anwar sedang berada dalam tahanan, PKR diketuai oleh isterinya, dan dia telah dibayangi oleh kebanyakkan pihak sebagai pemimpin de fakto parti politik baru ini. Dari belakang jeriji besi, Anwar sudah mula memberi kesan terhadap pemikiran rakyat Malaysia.

Beberapa siri pembedahan kesalahan Mahathir dan kroni-kroninya mula timbul dan memeranjatkan dan mencuri perhatian rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Walaupun semua kesalahan telah didedahkan kepada orang ramai, Mahathir bagaikan tidak peduli cercaan kerana dia tahu bahawa dia terkecuali dari undang-undang negara ini.

Mahathir memperlekehkan sahaja kesemua dakwaan yang telah dibuat Anwar terhadapnya, “walaupun terdapat banyak bukti yang dikemukan untuk menangkapnya.”

Ini menyebabkan rakyat Malaysia buat pertama kalinya mendapat tahu akan maklumat yang mengemparkan tentang bagaimana Mahathir mentadbir Malaysia sebagai seorang dictator yang hidup tanpa ada sekatan undang-undang negara dan boleh melakukan apa sahaja untuk menegakkan perkauman dan ketuannan dalam jiwa Melayu.

Tidak pernah wujud sedikit pun amalan meritokrasi diguna pakai dalam pentadiran kerajaan dan akhirnya dia terpaksa mengalah dan berundur dalam keadaan yang memalukan sebagai perdana menteri yang ke empat akibat terlalu ramai yang sudah jelik padanya.

Seorang diktator tidak akan mati?


Walaupun telah meletak jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir sering menyibuk dalam pentadbiran negara untuk memastikannya mengikut kehendaknya dengan mencampuri urusan Abdullah Ahmad Badawi, penggantinya.

Pada ketika itu, lebih ramai rakyat Malaysia sudah menyampah dengan kegilaan Mahathir dan sudah menganggapnya sebagai tidak lebih dari seorang yang menyusahkan dengan pandangan dank omen-komennya yang menjengkelkan.

Rakyat Malaysia mengundi sebagai isyarat bahawa mereka mahukan perubahan dan reformasi dalam pilihanraya umum ke-12. Persekutuan politik antara PKR, PAS dan DAP menunujukkan betapa mereka semakin menggerunkan dengan merampas kuasa di tiga negeri di Semenanjung Malaysia.

Mahathir sebagai seorang diktator yang jahat menjadi marah lalu merancang penyingkiran Badawi sebagai perdana menteri dan menjadikan Najib menduduki kerusi terpenting dalam kerajaan. Jika Badawi merupakan pemimpin yang lemah, Najib sendiri pun tidak berupaya juga kerana dia hanya tahu memujuk rakyat agar mengekalkan dirinya sebagai pemimpin.

Penyalahgunaan dan salah laku Najib dan ahli-ahli kabinetnya termasuk kroni-kroninya telah dikemukakan ke atas mereka oleh manusia dari segenap pelusuk dunia tetapi hingga ke hari ini, tiada tindakan yang sepatutnya telah diambil ke atas mereka untuk memperbetulkan kesalahan dalam pentadbiran mereka.

Bukan sahaja Najib, malah Mahathir dan koncu-koncu perompaknya dan juga kroni-kroni sedang bergerak seperti orang-orang yang tidak tertakluk kepada undang-undang. Apa pun ugutan dan dakwaan yang dibuat ke atas mereka hanya akan didiamkan oleh pihak berkuasa dalam negara ini.

Walaupun Mahathir meletak jawatan dalam keadaan yang memalukan, dan legasinya berakhir dengan imej sebagai penjahat, sehingga ke hari ini dia masih lagi tidak berganjak dan dengan angkuhnya suka mencampuri urusan pentadbiran negara dan mahu melaksanakan kehendaknya ke atas rakyat.

Nampaknya, seorang dictator memang tidak pernah mati dan Mr Barry Wain, bekas editor majalah Asian Wall Street Journal yang begitu berpengaruh dalam bukunya menerangkan bagaimana Mahathir, seorang diktator dari Malaysia menyalahgunakan berbillion ringgit wang rakyat Malaysia semasa pemerintahannya sebagai perdana menteri.

Rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan wang mereka miliknya- benarkah?



Sebabnya, jika dibaca dari kelakuan Mahathir, adalah kerana dia percaya bahawa dia bertanggungjawab membangunkan Malaysia, jadi dia boleh membuat keputusan dalam semua aspek.

Dia tidak nampak usaha bersungguh-sungguh dan penderitaan rakyat Malaysia dari semua golongan masyarakat sebagi penyumbang kepada kejayaannya, malah dia melihat kejayaan dan pembangunan Malaysia sebagai usaha dirinya sendiri sahaja.Adakah kerana pemikirannya ini dan peranannya, Mahathir mahu meminta dan mencari populariti, ketamakkannya tidak mampu dipuaskan lagi, rakyat Malaysia berada di bawah tekanan si diktator yang berterusan menyusahkan semua 

walaupun kebanyakkan rakyat Malaysia menganggapnya sebagai nyanyuk dan tidak diperlukan lagi.
Mahathir benar-benar percaya bahawa rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan kerana itulah dia percaya sebahagian besar kekayaan disini adalah hak miliknya, kroni-kroni dan juga para pemujanya.

Rakyat Malaysia yang selebihnya pula hanyalah pemerhati dan sepatutnya hanya diberi taraf pejalan kaki kerana mereka ibarat bahagian halus yang hanya diperlukan olehnya untuk mengekalkan kuasa, kemahuan dan kekuasaannya.

Lebih banyak lagi akan dilakukan oleh si diktator Mahathir Mohamad kerana dia telah berkata bahawa dia datang dari kalangan keluarga yang keturunannya mampu bertahan lama mengikut kehendak mereka dan dia merancang akan bertahan selama yang mungkin untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan boleh terlepas begitu sahaja kerana dia seorang diktator.

Ini bermaksud, bagi rakyat Malaysia, mereka terpaksa melalui kehidupan yang sukar dibawah kekejamannya dan penindasan dan mereka sekarang mungkin berharap mereka tidak pernah membolehkan dirinya menduduki kerusi paling berkuasa dalam negara ini dahulu.

Satu-satunya cara untuk memastikan Mahathir meninggalkan Malaysia dengan cepat dan segera adalah untuk mengeluarkan BN dari menguasai kerajaan sekarang. Ini akan menjadi cara yang paling efektif untuk menutup mulut Mahathir dan membuangnya ke dalam tong sampah sejarah dimana dia sepatutnya berada.

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.