KUALA LUMPUR: Pelbagai andaian mula bergerak di alam maya sekarang ekoran tekanan yang diberikan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) pemberian kad pengenalan di Sabah.
Ada yang
berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja memberikan
tekanan ini kepada Tun Dr Mahathir selepas beliau ditekan melalui
Deepak Jaikishan.
"Mahathir
guna Deepak lemahkan Najib, Najib balas dengan kaitkan Mahathir isu
pendatang asing Sabah," kata satu dalam laman sosial Facebook.
Namun
begitu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataannya
berkata, ada perancangan untuk mengenakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim melalui RCI ini.
Azmin
mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak
tertentu untuk mengaitkan siasatan RCI berhubung isu pendatang tanpa
izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya,
PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia
didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan.
"Kita
sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya
akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam
negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.
Azmin
mengulas kenyataan saksi di RCI tersebut semalam yang mengaitkan dua
bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan
dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.