‘Tujuh kali ulang-alik ke Sabah, saya serik’
20 Januari 2013
PASIR
GUDANG – Hasrat Faizada Aldam, 23, mendapatkan Mykad masih belum
tercapai, meskipun sudah dua kali berulangalik ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Putrajaya.
Ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, 3 Januari lalu dia dihubungi JPN Johor Bahru yang memintanya berurusan dengan Unit Sabah JPN Putrajaya.
Bagaimanapun menurutnya, hasil perjumpaan dengan pihak berkenaan pada 8 Januari memintanya menyediakan dokumen lengkap walaupun turut dibawa bersama adik-beradik lain.
“Pada 14 Januari, sekali lagi saya ke Putrajaya, tapi malangnya pihak JPN meminta saya balik berurusan dengan JPN Sabah kerana katanya sudah dikuatkuasakan akta undang-undang baru.
“Saya keliru kerana kenapa sampai dua kali saya ke Putrajaya baru diarahkan berurusan dengan JPN Sabah, sedangkan saya bukan orang senang nak berulang-alik begini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mariam berkata, tujuh kali berulang-alik ke JPN Sabah sebelum ini membuatnya serik kerana sudah terlalu banyak wang digunakan untuk menguruskan Mykad Faizada.
Menurutnya, dia juga bersedia menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekiranya status Ida diragui sebagai anak kandungnya, asalkan Ida mendapat haknya sebagai warganegara Malaysia.
“Saya tak faham kenapa terlalu susah mereka nak luluskan permohonan Ida, sedangkan enam lagi adik di bawahnya sudah memiliki Mykad.
“Saya tak mampu nak berulang-alik berurusan ke Sabah kerana sudah tujuh kali saya kena sebelum ini sehingga habis wang simpanan, tapi masih juga belum selesai.
“Saya minta pihak bertanggungjawab beri kelonggaran dalam perkara ini kerana saya bukan orang senang dan Faizada anak kandung saya yang sah, bukannya warga asing,” katanya.
Sinar Harian 3 Januari lalu menyiarkan Faizada selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas mendakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dikemukakan didakwa palsu.
Faizada ditahan di pusat tahanan Imigresen selama 14 hari dan dipindahkan ke penjara Kajang selama enam bulan sebelum dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.